Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

TNB lantik Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad sebagai Presiden, CEO baharu berkuat kuasa 1 Mac 2026

KUALA LUMPUR 27 Feb – Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Mac 2026.

 

Takaful Malaysia perkukuh kedudukan sebagai peneraju pasaran dengan hasil RM3.78 bilion pada FY25

KUALA LUMPUR 27 Feb – Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad merekodkan hasil  sebanyak RM3.78 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, meningkat RM201.7 juta daripada RM3.57 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

 

MBSB Research naikkan unjuran pendapatan Axiata FY26, FY27 susulan prospek pendapatan lebih kukuh

KUALA LUMPUR 27 Feb – Prospek pendapatan yang lebih kukuh mendorong MBSB Research menaikkan unjuran kewangan bagi Axiata Group Berhad untuk tahun kewangan 2026 (FY26) dan 2027 (FY27), meskipun harga sasaran sahamnya disemak sedikit lebih rendah susulan pelarasan

Jualan belum direkodkan RM1.5 bilion pacu pertumbuhan Eastern & Oriental hingga FY27 - RHB Research

KUALA LUMPUR 27 Feb – RHB Research menjangkakan Eastern & Oriental Berhad akan terus mencatat pertumbuhan pendapatan dan keuntungan bersih yang stabil dalam tiga tahun akan datang, disokong oleh deretan projek yang kukuh serta jualan belum direkodkan yang tinggi. 

Jualan lemah perlombongan di Australia dikhuatiri jejaskan Sime Darby pada 2HFY26, kata penganalisis

KUALA LUMPUR 27 Feb – Perbelanjaan berhati-hati pelanggan perlombongan di Australia serta tekanan margin dalam segmen perindustrian dijangka antara isu kritikal ke atas prestasi Sime Darby Berhad.

Prospek FY26 TH Plantations dijangka lebih mencabar ekoran harga minyak sawit mentah yang rendah - Maybank IB

KUALA LUMPUR 27 Feb – TH Plantations Berhad dijangka menghadapi tahun 2026 yang lebih mencabar berbanding 2025, meskipun pengeluaran tandan buah segar (FFB) dijangka meningkat sebanyak 3.5% tahun ke tahun, kata Maybank Investment Bank.

 

Margin Telekom Malaysia susut 11% berikutan tekanan kos pada 4QFY25, penganalisis berbeza penilaian prospek FY26

KUALA LUMPUR 27 Feb – Tekanan kos melonjak sehingga menipiskan margin keuntungan kepada Telekom Malaysia Berhad (TM) menjadi isu kritikal bagi tempoh suku keempat 2025, menurut penganalisis. 

UEM Sunrise mampu buat kejutan pertumbuhan jualan FY26, kata CGSI dan Maybank IB

KUALA LUMPUR 27 Feb - UEM Sunrise Bhd mampu memberi kejutan dalam pertumbuhan jualan hartanah bagi tahun kewangan 2026, meskipun kumpulan hanya menyasarkan jualan sebanyak RM1.3 billion, kata penganalisis.

 

Malaysia muktamad batal beli Hornet Kuwait, MINDEF akan nilai semula perolehan MRCA 

KUALA LUMPUR 27 Feb - Malaysia membatalkan cadangan membeli pesawat terpakai F/A-18 Hornet milik Kuwait setelah mendapati ia tidak kompetitif kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk jangka panjang.

 

YTL Corp diyakini mampu mengekalkan prestasi positif pada FY26 disokong segmen air, pembetungan dan pusat data – Penganalisis

KUALA LUMPUR 27 Feb –  Meskipun YTL Corporation Berhad mencatatkan penurunan keuntungan suku kedua FY26, prospek jangka sederhana hingga panjang syarikat masih kukuh dengan melihat segmen air dan pembetungan terus menjadi sumber aliran tunai stabil, kata penganalisis.

Keputusan kewangan KPJ Healthcare bagi FY25 atasi jangkaan dipacu kes berintensiti tinggi, kata penganalisis

KUALA LUMPUR 27 Feb – Prestasi kukuh KPJ Healthcare Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (FY25) mengatasi jangkaan pasaran, didorong peningkatan kes berintensiti tinggi.

MBSB Research saran IJM Corp terima tawaran Sunway walaupun prestasi lemah

KUALA LUMPUR 27 Feb – Meskipun prestasi 3QFY26 IJM Corp Bhd lemah, penganalisis masih berpandangan positif berikutan prospek segmen pembinaan yang kukuh, buku pesanan bernilai tinggi serta divisyen industri yang stabil.

 

Kombinasi pelbagai faktor positif meletakkan TNB pada landasan pertumbuhan stabil - Penganalisis

KUALA LUMPUR 27 Feb - Kombinasi rangka kerja tarif yang lebih jelas, mekanisme pemulihan kos bahan api yang cekap serta prospek permintaan elektrik yang mampan meletakkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada landasan pertumbuhan yang lebih stabil dalam tempoh jangka sederhana, menur

Subscribe to Terkini