Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Iconic Hotel Penang dijenamakan semula sebagai Courtyard by Marriott Penang Icon City

KUALA LUMPUR 20 Julai – Marriott International Inc memperluaskan rangkaian hotelnya di Malaysia menerusi perjanjian dengan Iconic Group untuk memperkenalkan Courtyard by Marriott Penang Icon City di Bukit Mertajam.

 

RHB Research: Projek bukan kediaman berpeluang menyumbang lebih 70% kontrak pembinaan pada 2H26

KUALA LUMPUR 20 Julai – Projek bukan kediaman dijangka terus menyumbang positif lebih 70% daripada keseluruhan kontrak pembinaan pada tempoh separuh kedua 2026 (2H26), menurut analisis RHB Research.

 

Kenaikan tarif bantu Westports catat keuntungan tertinggi pada 2026 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR 20 Julai - Westports Holdings Bhd dijangka mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah pada 2026, disokong pertumbuhan jumlah pengendalian kontena, penggunaan kawasan simpanan (yard) yang kembali normal serta pelaksanaan kenaikan tarif, kata CIMB Securities.

ELK-Desa catat untung bersih RM32 juta bagi FY26, susut 3% disebabkan pembiayaan baharu merosot

KUALA LUMPUR 20 JulaiELK-Desa Resources Berhad mencatatkan penurunan keuntungan bersih 3% kepada RM31.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 berbanding RM32.65 juta pada FY25.

 

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah tambah tarikan Tasik Kenyir menerusi enam projek bernilai RM14.43 juta

HULU TERENGGANU 20 Julai – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) memperuntukkan sebanyak RM48.36 juta bagi melaksanakan 28 program dan projek pembangunan sepanjang tahun ini, termasuk enam projek di Tasik Kenyir bernilai RM14.43 juta.

 

MN Holdings tunggu lampu hijau Bursa Malaysia selepas SC lulus berpindah ke Pasaran Utama

KUALA LUMPUR 20 JulaiMN Holdings Berhad selangkah untuk hampir disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia selepas menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 16 Julai 2026.

 

Stratus Global yakin raih dua projek semikonduktor dengan potensi pelaburan sehingga AS$500 juta - PublicInvest

KUALA LUMPUR 20 Julai -  Stratus Global Holdings Berhad yakin memperoleh dua daripada empat projek semikonduktor yang sedang dibida pada tahun ini, dengan potensi memenangi kesemua projek tersebut menjelang FY2028.

 

Kerugian KWAP dalam pelaburan eFishery perlu disiasat walaupun tiada salah laku dikesan setakat ini - PM Anwar

KUALA LUMPUR 20 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan mesti dilakukan terhadap kerugian pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) berjumlah RM163.4 juta dalam syarikat pemula akuakultur Indonesia, eFishery walaupun siasatan awal menunju

72% rakyat Malaysia jadikan telefon pintar peranti utama akses internet, data sensitif semakin berisiko - Kaspersky

KUALA LUMPUR 20 Julai – Telefon pintar kini menjadi peranti utama untuk mengakses internet bagi 72% pengguna di rantau Asia Pasifik (APAC), termasuk Malaysia, sekali gus mengatasi komputer peribadi (PC) sebagai peranti digital utama, menurut tinjauan terbaharu Kaspersky.

Saritha Subramaniam dilantik sebagai Pengarah Asia Tenggara dan Australasia AICPA & CIMA

KUALA LUMPUR 20 Julai – Persatuan Akauntan Profesional Antarabangsa (AICPA & CIMA) melantik Saritha Subramaniam sebagai Pengarah Asia Tenggara dan Australasia bagi memperkukuhkan strategi pertumbuhan serta penglibatan organisasi itu di rantau berkenaan.

 

Stok minyak di stesen PETRONAS Dagangan masih stabil berdepan pergolakan semula Timur Tengah - HLIB

KUALA LUMPUR 20 JulaiPETRONAS Dagangan Berhad (PDB) membuktikan daya tahan operasi dengan berjaya mengekalkan bekalan yang stabil di seluruh negara, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).

 

PGMall bawa produk kesihatan Big Pharmacy, Caring Pharmacy ke platform e-dagang

KUALA LUMPUR 20 Julai – PGMall menyambut ulang tahun ke-10 operasinya dengan mengumumkan kerjasama strategik bersama Big Pharmacy dan Caring Pharmacy bagi membawa lebih banyak produk penjagaan kesihatan serta kesejahteraan kepada pengguna menerusi platform e-dagangnya.

PublicInvest: Projek bekalan air Perak selama 40 tahun jana hasil berulang Gamuda RM105 juta setahun

KUALA LUMPUR 20 JulaiGamuda Berhad mengukuhkan prospek pendapatan jangka panjang apabila projek Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS) memasuki fasa penting, menurut Public Investment Bank.

 

Subscribe to Terkini