Untung bersih Mah Sing meningkat kepada RM198.3 juta pada 9MFY2025 didorong prestasi kukuh segmen hartanah
KUALA LUMPUR 27 Nov – Mah Sing Group Berhad terus mencatat prestasi kukuh dengan keuntungan bersih meningkat kepada RM198.3 juta bagi tempoh sembilan bulan 2025 (9MFY2025) berbanding RM180.3 juta pada tempoh sama tahun 2024.






