Suami Heliza Helmi, Mohd Daud dan Pengarah Qew Group didakwa jalankan pelaburan tanpa lesen
KUALA LUMPUR 23 Feb – Pengasas AUF MBZ Consortium PLT, Datuk Wira Mahadi Badrul Zaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan berkaitan aktiviti pasaran modal tidak berlesen di bawah Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).








