KUALA LUMPUR 15 Feb - Farm Fresh Bhd (FFB) bercadang mengambil alih 462,739 saham biasa dalam vendor The Inside Scoop Sdn Bhd (TISSB) membabitkan pertimbangan pembelian keseluruhan lebih kurang RM68.4 juta, tertakluk kepada pelarasan.
KUALA LUMPUR 15 Feb - Petronas melancarkan Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) 2023 bertemakan 'Memenangi Peralihan Tenaga dengan Tenaga Berfaedah Kami', menawarkan 10 blok penerokaan dan dua kelompok Peluang Sumber Ditemui (DRO).
KUALA LUMPUR 15 Feb - Perdana Petroleum Bhd. mencatat untung bersih sebanyak RM20.51 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2022 daripada kerugian bersih sebanyak RM264.77 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
KUALA LUMPUR 15 Feb - Untung bersih Censof Holdings Bhd. bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2022 susut 72.53% kepada RM720,000 daripada RM2.62 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
KUALA LUMPUR 15 Feb - Berikutan kejayaan pelancaran EQS pertengahan tahun lepas, Mercedes-Benz Malaysia hari ini melancarkan model utama kenderaan elektrik (EV) EQS 500 4MATIC, yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pengeluarannya di Pekan, Pahang.
KUALA LUMPUR 15 Feb - Infomina Berhad, penyedia penyelesaian teknologi serantau, mengumumkan penerimaan surat pengesahan daripada PT Bank Maybank Indonesia TBK (Maybank Indonesia) untuk kontrak bernilai AS$3.3 juta (kira-kira RM14.4 juta).
KUALA LUMPUR 15 Feb - Bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin telah dilantik sebagai Penasihat Belia Johor dan juga dalam Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
KUALA LUMPUR 15 Feb - MISC Bhd. merekodkan untung bersih sebanyak RM645 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2022, peningkatan 39.7% daripada RM461.7 juta bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya.