| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Maybank Islamic biayai inisiatif pertanian bandar bantu jana pendapatan golongan miskin

KUALA LUMPUR 16 Feb - Maybank Islamic Bhd mengambil inisiatif membiayai projek pertanian bandar bagi membantu mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dan kemiskinan yang dihadapi masyarakat di negara ini.

 

Garis panduan sewaan jangka pendek bakal jejas pendapatan rakyat Malaysia jika dikuatkuasakan - Airbnb

KUALA LUMPUR 16 Feb - Airbnb mengulangi pendirian bahawa garis panduan yang dicadangkan oleh kerajaan Pulau Pinang untuk penginapan sewaan jangka pendek (STRA) akan menjejaskan punca pendapatan ramai rakyat Malaysia, jika digubal dan dikuatkuasakan tahun ini. 

 

Pemegang saham Aneka Jaringan luluskan semua resolusi semasa AGM termasuk pelantikan semula dua ahli lembaga pengarah

KUALA LUMPUR 16 Feb - Pemegang saham Aneka Jaringan Holdings Berhad meluluskan kesemua resolusi pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Keempat kumpulan termasuk melantik semula Datuk Noraini Abdul Rahman dan Wee Kee Hong sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

 

Pemulihan kontrak kerja bantu Dayang kembali catat untung RM124.24 juta bagi FY22

KUALA LUMPUR 16 Feb - Dayang Enterprise Holdings Bhd. kembali merekodkan untung bersih sebanyak RM15.56 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2022 daripada kerugian bersih RM288.49 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya. 

 

SSM perkenal dua inisiatif baharu bantu ringan beban kewangan syarikat

KUALA LUMPUR 16 Feb - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memperkenalkan dua inisiatif baharu bagi membantu meringankan beban kewangan syarikat dan membantu komuniti korporat meneruskan perniagaan dalam persekitaran yang mencabar.

 

Anak syarikat TNB dibubarkan selepas penggulungan sukarela

KUALA LUMPUR 16 Feb - Anak syarikat milik 70% Tenaga Nasional Bhd., Sepang Power Sdn Bhd (SPSB) akan dibubarkan tiga bulan selepas penyerahan pemulangan mesyuarat penggulungan terakhir hari ini dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

 

Dasar kabotaj: Tidak perlu singgah di Pelabuhan Klang bagi kapal menuju ke Kuching, Kota Kinabalu, kata persatuan pemilik kapal

KUALA LUMPUR 16 Feb - Wujud salah faham bahawa dasar kabotaj memerlukan semua kapal bersinggah di Pelabuhan Klang sebelum meneruskan ke pelabuhan Kuching dan Kota Pelabuhan, Pengerusi Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (Masa), Mohamed Safwan Othman.

 

Syarikat minyak PTT Thailand sertai Petronas, Petros cari gali minyak di luar pesisir Sarawak

KUCHING 16 Feb - Syarikat eksplorasi dan pengeluaran minyak, PTT Thailand Limited (PTTEP) menyertai Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) sebagai rakan kongsi dalam penerokaan luar pesisir Blok SK325 di Sarawak.

 

Harga minyak meningkat, untung bersih Q2 Hibiscus Petroleum melonjak kepada RM70.47 juta

KUALA LUMPUR 16 Feb - Hibiscus Petroleum Bhd merekodkan peningkatan untung bersih sebanyak 45.3% pada suku kedua (Q2) berakhir 31 Disember 2022 kepada RM70.47 juta daripada RM48.49 juta bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya.

 

Subscribe to