Bank Islam catat pendapatan bersih lebih tinggi tingkatkan keuntungan FY22 kepada RM746.9 juta
KUALA LUMPUR 28 Feb - Bank Islam Malaysia Berhad merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBZT) berjumlah RM746.9 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22), meningkat sebanyak 6.1% berbanding tahun sebelumnya.










