Amway catat hasil RM1.5 bilion pada FY2022, didorong permintaan kukuh bagi produk kesihatan
KUALA LUMPUR 28 Feb – Amway (Malaysia) Holdings Berhad mencatatkan rekod hasil tertinggi baharu sebanyak RM1,514.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY2022), meningkat 1.9% daripada RM1,485.9 juta yang dicapai pada tahun kewangan sebelumnya.









