KUALA LUMPUR 27 Jun - RHB Research positif terhadap prospek Datasonic Group Berhad bagi FY24 didorong oleh permintaan yang kukuh untuk pelbagai rumusan, sumbangan projek baharu dan lanjutan kontrak sedia ada.
KUALA LUMPUR 27 Jun - ANIH Bhd, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) menjangkakan lonjakan trafik sebanyak 70% dengan lebih satu juta kenderaan menggunakan KLK sempena perayaan Aidiladha minggu ini.
IPOH27Jun - Kerajaan negeri Perak dengan kerjasama Hospital Ar-Ridzuan di sini menyediakan bantuan Dana Perubatan Sinar untuk pesakit katarak mendapat rawatan secara percuma.
KUALA LUMPUR 27 Jun - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menurunkan unjuran pendapatan Inari Amertron Bhd bagi tahun kewangan 2023, 2024 dan 2025 (FY23-25) masing-masing sebanyak sebanyak 14%, 8% dan 11%.
GEORGETOWN 27 Jun - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dibubarkan esok, selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pagi tadi.
KUALA LUMPUR 27 Jun - IJM Corporation Berhad (IJM) sedang mengintai pelbagai pakej kerja daripada Transit Aliran Massa 3 (MRT3), Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek baharu di Sabah dan Sarawak selain Indonesia.
KUALA LUMPUR 27 Jun - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar berwaspada apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi hasad 'Pink WhatsApp'.