KUALA LUMPUR 1 Mac - Sapura Energy Mexicana Sociedad Anónima Promotora de Inversión de Capital Variable (Sapura Energy Mexicana), anak syarikat milik penuh Sapura Offshore Sdn Bhd dan SapuraMex Pte Ltd diisytiharkan muflis oleh mahkamah Mexico.
KUALA LUMPUR 1 Mac - Eksport kayu Malaysia dijangka pulih tahun ini, disokong oleh lonjakan permintaan daripada pasaran Amerika Syarikat (AS), menurut Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
KUALA LUMPUR 1 Mac - Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) dan Dewan Perniagaan Antarabangsa Singapura (SICC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) mengukuhkan hubungan perniagaan dan membangunkan kerjasama antara komuniti perniagaan masing-masing.
KUALA LUMPUR 1 Mac - Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia 2024 (MIFF 2024) dijangka mencatatkan jualan antara AS$1.3 bilion dan AS$1.35 bilion daripada AS$1.21 bilion tahun lepas, peningkatan 19% daripada 2022.
KUALA LUMPUR 1 Mac - Firma teknologi hartanah, PropertyGuru mencatatkan keuntungan bersih dolar Singapura S$1 juta (RM3.76 juta) bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2023 daripada kerugian bersih S$5 juta (RM 17.6 juta) setahun sebelumnya.
KUALA LUMPUR 1 Mac - Fueltrax, peneraju global dalam teknologi rumusan pengurusan bahan api kapal, menandatangani 28 kontrak bernilai tinggi di Malaysia, yang dianggarkan bernilai sehingga RM24 juta.
PUTRAJAYA 1 Mac - Kabinet bersetuju mengembalikan semula pengecualian dasar kabotaj bagi kapal bukan Malaysia untuk menjalankan pembaikan kabel dasar laut yang telah dibatalkan pada 2020, kata Anthony Loke.