Takaful IKHLAS sumbang RM40,000 kepada asnaf di Kelantan
KUALA LUMPUR 30 Mac - Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS) menyumbang sebanyak RM40,000 daripada zakat wakalah syarikat kepada 150 keluarga miskin di 10 kawasan di Kelantan bagi membantu mereka membuat persediaan menjalani ibadah puasa.










