KUALA LUMPUR 30 Mac - Canon Marketing Malaysia mengumumkan pelancaran ‘Canon BizMART’ sebagai penyedia penyelesaian sehenti untuk semua perniagaan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Ia menawarkan perkakasan, perisian, produk-produk pihak ketiga, consumable dan penyelesaian perkhidmatan yang mudah untuk perniagaan bagi mencapai hasil yang diingini di tempat kerja.
Sejak dua tahun lalu, Canon memainkan peranan untuk membantu perniagaan beralih kepada sempadan digital baharu, mengenal pasti cabaran-cabaran dan menawarkan pelbagai penyelesaian yang menyenangkan untuk keperluan operasi mereka.
Melalui pendekatan inovasi terbuka, syarikat tersebut bekerjasama dengan pelbagai organisasi luar untuk membangunkan penyedia penyelesaian menyeluruh yang memenuhi keperluan perniagaan masa kini.
Canon BizMART adalah pemboleh yang proaktif untuk perniagaan yang ingin memanfaatkan pelbagai produk dan perkhidmatan berintegrasi yang lancar serta cepat dan mudah untuk diguna pakai, menawarkan fleksibiliti, ketangkasan dan keselamatan kepada mereka.
Di bawah inisiatif tersebut, sebuah rangkaian penyelesaian yang menyeluruh ditawarkan untuk perniagaan menikmati kolaborasi mudah antara kumpulan yang bekerja dari jarak jauh dan bekerja di lapangan melalui uniFLOW Online, Therefore Online, dan banyak lagi.
Bagi syarikat-syarikat yang ingin mengurangkan kos operasi, meringankan beban sumber-sumber dalaman, memperoleh akses kepada pakar-pakar subjek dan pangkalan data pengetahuan global dialu-alukan untuk meneroka Canon Business Services.
Ciri-ciri itu merangkumi langkah memperkemas proses-proses perniagaan yang tinggi penggunaan kertas, dengan cara yang fleksibel dan efektif kos untuk menguruskan keperluan pencetakan di lapangan dan pengurusan mel fizikal.
Selain aspek digitalisasi, Canon BizMART memenuhi keperluan perniagaan seperti membekalkan kertas, penyelesaian mesyuarat semua dalam satu untuk persidangan video, perlindungan tenaga dan penyelesaian pengurusan.
Canon BizMART juga menyediakan penyelesaian-penyelesaian boleh skala dan disesuaikan dengan saiz serta keperluan perniagaan berdasarkan bajet, keperluan dan sistem sedia ada pelanggan.
Sementara itu, Pengarah Kanan Pusat Penyelesaian Pengimejan Perniagaan Canon Marketing Malaysia, Masato Yoshiie berkata, Canon BizMART memperkasakan perniagaan dalam arena digital untuk menyampaikan kualiti yang tinggi, kecemerlangan dan penyelesaian agar perniagaan kekal kompetitif serta dapat mengoptimumkan perniagaan mereka melalui pendigitalan.
“Kami faham bahawa transformasi digital adalah perjalanan yang rumit dan kami berbangga kerana berjaya membangunkan penyedia penyelesaian keseluruhan untuk membantu perniagaan sepanjang proses tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - DagangNews.com








