KUALA LUMPUR 7 Feb - Bersih menggesa pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak lagi berdalih dan melaksanakan semua agenda reformasi yang dijanjikan sebelum menjadi kerajaan atau bersedia berdepan demonstrasi jalanan.
KUCHING 7 Feb - Kerajaan Sarawak melantik Petroleum Sarawak Berhad (Petros) sebagai pengumpul gas di bawah Ordinan Pengagihan Gas (Pindaan), 2023 berkuat kuasa 1 Februari tahun ini.
KUALA LUMPUR 7 Feb - Econpile Holdings Bhd menerusi Econpile (M) Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM30 juta daripada Chingsan Development Sdn Bhd bagi kerja-kerja substruktur bagi tempat letak kereta bawah tanah setinggi lima tingkat di Glenmarie, Shah Alam.
KUALA LUMPUR 7 Feb - Kerajaan bersetuju supaya pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara boleh dipertimbangkan untuk menangguhkan kepulangan ke Malaysia bagi tujuan bekerja di luar negara.
KUALA LUMPUR 7 Feb - MIDF Research tidak menolak kemungkinan pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia pada tahun ini terkesan dengan kelembapan pemulihan ekonomi China selain terdapat keberangkalian berlakunya kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS).
KUALA LUMPUR 7 Feb - KLCCP Stapled Group mencatat keuntungan bersih sebanyak RM931 juta bagi tahun kewangan 2023 (FY23), melonjak 19% daripada RM782.7 juta tahun sebelumnya.
KUALA LUMPUR 7 Feb - LFE Corp Berhad menerusi LFE Engineering Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM10.96 juta daripada Puncakcity Development Sdn Bhd bagi kerja-kerja tanah dan kerja berkaitan bagi tempoh lapan bulan.