Pelabuhan Tanjung Pelepas catat rekod baharu 13,725 kendalian kontena dalam tempoh syif 12 jam
KUALA LUMPUR 8 Feb - Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP) mencapai rekod baharu kendalian kontena tertinggi dengan mengendalikan sebanyak 13,725 pergerakan dalam tempoh syif 12 jam, mengatasi rekod sebelumnya iaitu 13,700 pergerakan pada 2023.







