| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MIDF Research: Pelabur asing jual RM151.11 juta ekuiti Malaysia dalam minggu dipendekkan sempena Hari Raya Aidilfitri

KUALA LUMPUR 25 April - Pelabur asing menjual bersih RM151.11 juta ekuiti Malaysia pada minggu yang dipendekkan berikutan cuti umum pada Jumaat sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri selepas membeli bersih RM69.5 juta minggu sebelumnya.

Kenaikan harga sarung tangan tidak dijangka tercetus walaupun kes COVID-19 bertambah, kata penganalisis industri

KUALA LUMPUR 25 April - Kenaikan semula kes jangkitan COVID-19 sejak bulan lepas dijangka tidak menimbulkan permintaan kukuh baharu dalam industri sarung tangan tempatan atau mencetuskan kenaikan baharu dalam harga kaunter sarung tangan, menurut penganalisis industri.

Bekas pengarah Bank Negara Arlina Ariff menganggotai lembaga pengarah PRG

KUALA LUMPUR 25 April - PRG Holdings Bhd melantik Datin Arlina Ariff sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutifnya, berkuat kuasa 20 April 2023.

 

Penyatuan rangkaian, Maybank IB unjur 25% tapak menara telekomunikasi CelcomDigi akan dilupuskan

KUALA LUMPUR 25 April - Menerusi penyatuan rangkaian yang sedang dilaksanakan, hampir 25% daripada 23,000 tapak menara telekomunikasi CelcomDigi Berhad bakal dilupuskan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).

 

Vikram Singh dilantik sebagai CEO Citi Malaysia mulai 1 Mei 2023

KUALA LUMPUR 25 April - Vikram Singh akan memegang tampuk kepimpinan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Citi Malaysia pada 1 Mei 2023, kata kumpulan perkhidmatan kewangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

 

CIMB perkenal Sustainable Living Home Solutions mudahkan pengguna amal gaya hidup rendah karbon

KUALA LUMPUR 25 April - CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad melancarkan 'Sustainable Living Home Solutions' sempena Hari Bumi, baru-baru ini.

 

Pembiayaan AS$527 juta untuk 6 VLEC sokong komitmen sifar bersih MISC, kata MIDF Research

KUALA LUMPUR 25 April - Pembiayaan enam pengangkut etana sangat besar (VLEC) sejajar dengan komitmen MISC Berhad dalam meningkatkan prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan strategi penyahkarbonan.

 

Prospek pendapatan HPP diunjur lebih lemah kesan penurunan permintaan terhadap produk penggunaan E&E, kata CGS-CIMB

KUALA LUMPUR 25 April - CGS-CIMB Research mengunjurkan prospek pendapatan yang lebih lemah untuk HPP Hodings Berhad kesan penurunan permintaan untuk produk pengguna elektrik dan elektronik (E&E).

 

Pembelian tanah RM165 juta di Kota Bharu kembangkan operasi runcit Aeon – MIDF Research

KUALA LUMPUR 25 April - Pengambilalihan tanah di Kota Bharu sebahagian daripada strategi korporat Aeon Co. (M) Berhad untuk menumpukan perhatian dan mengembangkan operasi runcit masa depannya, kata MIDF Research.

 

AirAsia galak guna ciri tanpa sentuhan untuk perjalanan lebih lancar

KUALA LUMPUR 25 April - AirAsia terus menggalakkan penggunaan ciri-ciri tanpa sentuhan, termasuk daftar masuk kendiri dan pas masuk elektronik melalui airasia Superapp serta mesin daftar masuk bagasi kendiri. 

 

Subscribe to