KUALA LUMPUR 22 April — Bank Muamalat Malaysia Berhad dilantik menjadi ejen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang pertama menjalinkan kerjasama strategik sebagai saluran pengedaran untuk perkhidmatan Wakaf ASNB.
KUALA LUMPUR 22 April - Shell Malaysia kembali menganjurkan program Shell LiveWIRE Malaysia tahun ini, bertujuan membantu dan memberi inspirasi kepada usahawan baharu dalam memulakan perjalanan perniagaan mereka.
KUALA LUMPUR 22 April - Portfolio pinjaman isi rumah BIMB Holdings Berhad iaitu lebih 75% daripada jumlah pembiayaan, memberikannya daya tahan yang lebih besar terhadap potensi kelembapan dalam aktiviti perdagangan dan pembuatan.
KUCHING 22 April - Tarif timbal balik Amerika Syarikat ke atas Malaysia dijangka memberi impak minimum kepada Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), kata Ketua Eksekutif Kumpulan Ruslan Abdul Ghani.
KUALA LUMPUR 22 April - HHRG Bhd melanjutkan tempoh penggantungan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fong Chee Khuen selama dua minggu lagi sehingga 4 Mei 2025, sementara menunggu hasil siasatan dalaman berkaitan dakwaan salah laku.
KUALA LUMPUR 22 April — Produk sel solar yang dieksport ke Amerika Syarikat (AS) dari Malaysia dan tiga lagi negara jiran serantaunya iaitu Kemboja, Thailand dan Vietnam akan dikenakan duti antilambakan baharu lebih tinggi.
Malaysia dipercayai masih berminat mendapatkan pesawat F/A-18C/D Hornet terpakai milik Kuwait untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disebalik isu kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat (AS).
KUALA LUMPUR 22 April - Ho Hup Construction Co Bhd memohon perintah mahkamah bagi memudahkan proses penstrukturan semula hutangnya berikutan kegagalan membayar pinjaman minggu lalu.
KUALA LUMPUR 22 April - Kesan perang perdagangan Amerika Syarikat-China ke atas pendapatan pemain logistik tersenarai tempatan (seperti Swift Haulage, Tasco dan FM Global Logistics) berkemungkinan terhad, menurut Maybank IB.