SPRM buka dua kertas siasatan berhubung isu audit UKM
KUALA LUMPUR 4 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan berhubung isu tatakelola dan ketidakaturan pengurusan kewangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026.






