RHB Research naikkan harga sasaran Ranhill Utilities kepada RM1.70 susulan semakan tarif air dan pembangunan pusat data
KUALA LUMPUR 4 Ogos – RHB Research mengulangi saranan ‘Beli’ ke atas Ranhill Utilities Bhd dan menaikkan harga sasaran (TP) saham itu kepada RM1.70 daripada RM1.37, mencerminkan potensi kenaikan sebanyak 26 peratus.






