OCR Group beli 49% kepentingan dalam Chester Properties bernilai RM19.6 juta daripada Datuk Howard Chew Si Hoo | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

OCR Group beli 49% kepentingan dalam Chester Properties bernilai RM19.6 juta daripada Datuk Howard Chew Si Hoo

Datuk Howard Chew Si Hoo
Oleh Muhammad Iman

KUALA LUMPUR 23 Julai - OCR Group Bhd memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat untuk memperoleh 49% kepentingan dalam Chester Properties Sdn. Bhd. daripada Datuk Howard Chew Si Hoo pada harga RM19.6 juta.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, OCR Group berkata, cadangan pengambilalihan itu akan diselesaikan sepenuhnya menerusi penerbitan 478.05 juta saham baharu OCR Group pada harga terbitan 4.1 sen sesaham.

 

Chew, 42, merupakan antara pemegang saham Chester Properties yang menjalankan perniagaan utama sebagai agensi hartanah di Malaysia.

 

Chester Properties kini mengendalikan 11 cawangan di seluruh negara dengan kehadiran dalam pasaran hartanah utama termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Sarawak dan Johor.

 

Agensi itu disokong oleh kira-kira 4,000 ejen hartanah.


 

ocr

 


"Selepas cadangan pengambilalihan ini selesai, kumpulan berhasrat memanfaatkan kepakaran pasukan pengurusan sedia ada serta saluran jualan dan rangkaian Chester Properties bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pemasaran dan jualan projeknya.

 

"Dengan rangkaian kukuh serta kedudukan pasaran Chester Properties dalam segmen hartanah di Malaysia, kerjasama strategik menerusi cadangan pengambilalihan ini dijangka memberi kumpulan akses secara langsung kepada kumpulan pembeli yang lebih luas." - DagangNews.com