Patrick Wee dilantik sebagai Pengurus Negara Google Cloud Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Patrick Wee dilantik sebagai Pengurus Negara Google Cloud Malaysia

Patrick Wee
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 April - Google Cloud mengumumkan pelantikan Patrick Wee sebagai Pengurus Negara Google Cloud Malaysia. 

 

Google berkata, Patrick akan bertanggungjawab untuk mengetuai operasi pasaran tempatan untuk Google Cloud dan Google Workspace, serta bekerjasama dengan pasukan di seluruh Google.

 

Katanya, kerjasama itu bagi membantu syarikat mengubah perniagaan mereka secara digital dengan penyelesaian gred perusahaan dan teknologi canggih.

 

"Sebagai seorang veteran industri, beliau menyertai Google Cloud berikutan peranan kepimpinan di Zoom dan AWS, membawa pengalaman luas menasihati dan bekerja dengan pembuat keputusan merentas perkhidmatan kewangan, runcit, barangan pembungkusan pengguna, telekomunikasi, penjagaan kesihatan, teknologi tinggi, tenaga dan sektor awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Pengarah Serantau Indonesia dan Malaysia Google Cloud, Megawaty Khie berkata, didorong wawasan kerajaan Malaysia Madani dan pelan tindakan seluruh negara untuk mengubah menjadi negara yang mengutamakan awan, ekonomi digital berada di landasan untuk bernilai hampir AS$35 bilion menjelang 2025.

 

"Patrick menyertai kami pada fasa pertumbuhan Google Cloud yang menarik di Malaysia, yang mana kami telah semakin bekerjasama dengan organisasi daripada perusahaan besar seperti Kumpulan Axiata dan Media Prima kepada Bungkusit untuk membantu mereka merebut peluang pertumbuhan baharu dalam ekonomi digital. 

 

"Kami sangat teruja bahawa pemimpin yang mempunyai visi, pengalaman dan rangkaian industri yang kaya akan menjadi sebahagian daripada perjalanan pertumbuhan kami di negara penting ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

 

google

 

 

Google Cloud telah memperoleh perkongsian minda dan bahagian pasaran dengan perusahaan yang beroperasi dalam industri terkawal. 

 

Syarikat terkemuka seperti Kumpulan Axiata, Capital A (AirAsia Aviation dan airasia Super App), JB Cocoa, KPJ Healthcare, Malaysia Airlines, Mass Rapid Transit Corporation, Maxis dan Media Prima memilih Google Cloud sebagai syarikat yang dipercayai serta rakan kongsi inovasi untuk membolehkan pertumbuhan dan menyelesaikan masalah perniagaan mereka yang paling kritikal.  - DagangNews.com