AmInvest jangka hasil VSTECS cecah RM4.65 bilion pada FY2026 disokong pertumbuhan AI, pusat data
KUALA LUMPUR 17 Ogos – AmInvestment Bank menjangkakan hasil VSTECS Berhad meningkat kepada RM4.65 bilion bagi tahun kewangan 2026 (FY2026), daripada RM3.6 bilion pada FY2025 disokong pertumbuhan kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur pusat data.












