Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Oriental Interest lancar rumah mampu bilik Gardens Idaman bermula RM250,000 di Rawang

KUALA LUMPUR 17 OgosOriental Interest Berhad (OIB) memperluas akses pemilikan rumah berkualiti dengan menjual 616 unit berharga serendah RM250,000 menerusi Gardens Idaman di Rawang, Selangor.

 

Kos diesel melonjak 44%, bitumen 42% tekan margin kontraktor – MBAM, PKBM

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Kontraktor Malaysia berdepan tekanan kos yang semakin ketara apabila harga diesel industri melonjak 44% dalam tempoh lima bulan, manakala bitumen meningkat 42%, sekali gus menekan margin projek yang kebanyakannya dilaksanakan menerusi kontrak harga tetap.

Terengganu tukar sisa pepejal kepada biodiesel menerusi kilang RM50 juta di Kemaman

KUALA TERENGGANU 17 Ogos – Terengganu membangunkan kilang pemulihan sisa pepejal menggunakan teknologi pirolisis pertama di Malaysia dengan kos RM50 juta yang mampu menukar sisa kepada bahan api termasuk biodiesel untuk kegunaan semula.

 

Alam Maritim sahkan CEO Kumpulan ditahan reman bantu siasatan SPRM

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd, Datuk Azmi Ahmad, kini ditahan reman bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

Keyfield berpeluang pulih pada 2H26 selepas terjejas akibat kadar sewaan rendah kapal sokongan – AmInvest

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Prestasi Keyfield International Berhad pada separuh pertama 2026 (1H26) terjejas teruk akibat penggunaan kapal sokongan kadar sewaan rendah, menurut AmInvestment Bank.

 

Malaysia boleh sertai rantaian penjanaan tenaga nuklear tanpa perlu bina loji reaktor terlebih dahulu - CGSI

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Malaysia boleh mengambil bahagian dalam rantaian nilai tenaga nuklear tanpa perlu membina terlebih dahulu reaktor dan sisten khususnya, menurut CGS International (CGSI).

 

Kerjaya Prospek tambah lagi pegangan dalam ES Sunlogy kepada 31% menerusi pembelian saham RM5.4 juta

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Kerjaya Prospek Group Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Acumen Marketing Sdn Bhd menambah lagi pegangan sebanyak 2.73% dalam ES Sunlogy Berhad menerusi pembelian 21 juta saham bernilai RM5.36 juta.

 

Semua juruterbang Malaysia Airlines selesai saringan dadah mandatori, MAG teruskan pemeriksaan 2,840 kru kabin

KUALA LUMPUR 17 OgosMalaysia Aviation Group (MAG) selesai menjalankan proses saringan dadah secara mandatori terhadap kesemua juruterbang syarikat Malaysia Airlines yang aktif bertugas.

 

Gagal lapor 53 transaksi mencurigakan: UBB Investment Bank dikenakan kompaun RM10 juta

KUALA LUMPUR 17 Ogos – UBB Investment Bank Ltd membayar kompaun keseluruhan RM10 juta selepas didapati melanggar beberapa peraturan berkaitan pencegahan pengubahan wang haram dan pematuhan kewangan.

 

Coastal Contracts perlu kekalkan momentum tempahan kapal pastikan pertumbuhan berterusan - TA Securities

KUALA LUMPUR 17 OgosCoastal Contracts Berhad berdepan keperluan mengekalkan momentum tempahan kapal bagi memastikan pertumbuhan pendapatan secara berterusan, menurut TA Securities.

 

PIDM lantik Afiza Abdullah sebagai CEO untuk tempoh tiga tahun

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) melantik Afiza Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 28 Ogos 2026.

 

Apex Securities beri amaran risiko tekanan kos dan dasar perdagangan AS jejaskan KDNK Malaysia pada 2H26

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Tekanan kos yang semakin meningkat dan ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) berisiko menghakis momentum ekonomi Malaysia pada separuh kedua 2026 (2H26).

 

Bekas CEO Mara Corp gagal rayuan ketepi perintah bayar RM3.47 juta kepada syarikat

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Majlis Amanah Rakyat Corporation (Mara Corp), Datuk Badlisyah Abdul Ghani, gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan perintah membayar RM3.47 juta kepada syarikat itu kerana melanggar kewajipan kontrak, fidusiari dan statu

Subscribe to Terkini