KUALA LUMPUR 31 Mei - Harga bahan api yang tinggi dijangka mempengaruhi prospek pemulihan AirAsia X Bhd. bagi tahun ini, demikian menurut Public Investment Bank Research.
KUALA LUMPUR 31 Mei - Penilaian rendah semasa saham di bursa tempatan dan prospek ekonomi yang agak stabil sepatutnya menyaksikan dana asing berterusan tertarik ke Malaysia pada separuh kedua 2022, kata Ketua Penyelidikan Perdagangan Rakuten, Kenny Yee.
KUALA LUMPUR 31 Mei - Sedania Innovator Berhad (Sedania) terus mencatatkan keuntungan untuk lima suku tahunan berturut-turut apabila merekodkan untung bersih RM510,000 pada suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2022 (Q1), dengan pendapatan sebanyak RM9.04 juta.
KUALA LUMPUR 31 Mei - Pendapatan dan hasil bukan faedah Public Bank Bhd dijangka terjejas pada 2023 dan 2024 berikutan pertumbuhan pinjaman yang lebih lemah, kata Affin Hwang Capital.
KUALA LUMPUR 31 Mei - MIDF Research menyemak turun penarafan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) kepada 'neutral' berbanding 'beli' sebelum ini dengan harga sasaran tidak berubah pada RM9.55 selepas kumpulan merekodkan prestasi kewangan suku pertama (Q1) yang kurang memberangsangkan.
KUALA LUMPUR 31 Mei - Harga minyak meningkat pada awal dagangan Asia pada hari Selasa selepas pemimpin Kesatuan Eropah berkata mereka telah bersetuju untuk mengurangkan 90% import minyak dari Rusia menjelang akhir tahun ini.
KUALA LUMPUR 31 Mei - Traveloka dengan kerjasama rakan kongsi superapp melancarkan GOverseas: International Travel Fiesta, yang menawarkan rakyat Malaysia diskaun sehingga RM1,335 untuk tiket penerbangan, hotel dan tempat tarikan pelancong pada 31 Mei hingga 6 Jun 2022.
KUALA LUMPUR 31 Mei - KPJ Healthcare Bhd. merancang untuk melupuskan operasinya di luar negara, antaranya, Jeta Gardens (Australia) dan Indonesia menjelang akhir 2022 atau suku ketiga 2023, demikian menurut CGS-CIMB Research.
SINGAPURA 31 Mei - Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa akan menghadiri Asia Tech x Singapore (ATxSG) 2022 sebagai anggota panel bersama, yang menghimpunkan menteri komunikasi dari seluruh dunia.
LIMBANG 31 Mei - Tremendous Cafe yang memasarkan aneka pilihan cendol bercadang melebarkan sayap ke seluruh negara melalui konsep francais, sekali gus memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat menceburi bidang perniagaan itu.
SHAH ALAM 31 Mei - Mentor usahawan Datuk Wira Dr. Azizan Osman menetapkan tempoh tiga bulan lagi untuk menyertai Lembaga Pengarah syarikat Managepay System Berhad (MPay).
KUALA LUMPUR 31 Mei - Media Malaysia dan Indonesia perlu bijak menangani setiap isu berbangkit dan harus bertindak pantas memberi penjelasan untuk meredakannya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
SHAH ALAM 31 Mei – Hampir 10,000 usahawan dan bakal usahawan telah mendaftar untuk menyertai program 10x Bina Bisnes Berjaya: Bangkit Bisnes Dari Krisis kelolaan Richworks International pada 4 dan 5 Jun ini.