Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bekalan timah global yang terhad, operasi lebih efisien dijangka lonjakkan keuntungan Malaysia Smelting hingga FY28 - Apex Securities

KUALA LUMPUR 9 Mac – Malaysia Smelting Corporation Bhd dijangka mendapat manfaat daripada harga timah yang tinggi dan berpotensi meningkatkan keuntungan kerana bekalan timah dunia masih terhad ketika ini, kata Apex Securities.

 

Sukuk RM5 bilion diyakini bantu MR DIY strukturkan semula pinjaman, perluasan kedai - MBSB Research

KUALA LUMPUR 9 Mac – MBSB Research menilai cadangan program Sukuk Wakalah berjumlah RM5 bilion oleh MR DIY sebagai langkah strategik yang mampu meningkatkan fleksibiliti kewangan syarikat dan menyokong rancangan pengembangan kedai serta projek pertumbuhan jangka panjang. 

Harga minyak mentah global dijangka lebih AS$100 setong selama 5 bulan - PublicInvest

KUALA LUMPUR 9 Mac - PublicInvest Research mengandaikan minyak mentah Brent dijangka mencecah purata melebihi AS$100 setong untuk lima bulan akan datang sebelum menurun kepada sekitar AS$90 menjelang akhir tahun.

RHB Bank, AMMB, ViTrox & Paradigm REIT jadi saham pilihan 2026 Maybank Investment Bank

KUALA LUMPUR 9 Mac - Maybank Investment Bank menetapkan kaunter RHB Bank, AMMB, ViTrox dan Paradigm REIT ke dalam senarai saham pilihan bagi 2026, menggantikan CIMB, PMAH, FRCB dan Nestle Malaysia.

 

Strategi pelupusan tanah bantu stabilkan kewangan IOI Properties - MBSB Research

KUALA LUMPUR 9 Mac – MBSB Research mengekalkan saranan Neutral terhadap saham IOI Properties Group Berhad bagi tahun kewangan 2026, dengan harga sasaran tidak berubah pada RM3.17 sesaham berdasarkan diskaun 38% kepada nilai aset bersih syarikat.

 

STR Fasa 2 dikredit 10 Mac, seramai 5.2 juta rakyat terima manfaat – PM Anwar

KUALA LUMPUR 9 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan diawalkan dan mula dikreditkan secara berperingkat mulai 10 Mac 2026.

 

Pelaburan RM678 juta ke DNB hanya selesaikan sebahagian masalah - Penganalisis

KUALA LUMPUR 9 Mac – Isu Digital Nasional Berhad (DNB) terus menjadi perhatian utama dalam sektor telekomunikasi Malaysia apabila beberapa syarikat terpaksa mengeluarkan pelaburan besar untuk mengekalkan pegangan mereka dalam syarikat rangkaian 5G kerajaan itu.

 

Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia dengan aliran masuk RM411.4 juta - MBSB Research

KUALA LUMPUR 9 Mac – Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lalu dengan mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM411.4 juta, sekali gus menamatkan dua minggu berturut-turut aktiviti jualan bersih, menurut MBSB Research.

 

​​​​​​​TM berdepan kerugian RM127 juta kapasiti prabayar DNB selepas beralih kepada U Mobile - RHB

KUALA LUMPUR 9 Mac - Telekom Malaysia Berhad (TM) berkemungkinan terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM127 juta kapasiti prabayar yang masih belum digunakan di bawah perjanjian akses borong dengan Digital Nasional Berhad (DNB) selepas beralih kepada rangkaian 5G U Mobile.

Dividen LTAT 2025 dinanti 125,000 warga tentera: Mampukah kekal melebihi 5%?

KUALA LUMPUR 9 Mac - Pengumuman dividen tahunan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sentiasa menjadi penanda aras penting terhadap prestasi kewangan dana persaraan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

 

Dividen KWSP 6.15%: Jika pelaburan luar lebih untung, mengapa tidak dilabur lebih banyak?

Perdebatan hangat pasal dividen KWSP 2025 muncul selepas bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng bangkitkan isu “ekonomi dua lapis”. Kata beliau, walaupun ekonomi Malaysia nampak okay, tapi rakyat biasa — termasuk pencarum KWSP — tak rasa langsung manfaatnya.

Betulkah penutupan Selat Hormuz tidak jejaskan bekalan minyak Malaysia?

Kedudukan tenaga Malaysia perlu difahami dengan kejelasan konseptual. Wacana awam sering mencampuradukkan dua makna berbeza bagi istilah “rizab”.

 

KWSP muncul sebagai pemegang saham utama ITMAX dengan pegangan 5.005%

KUALA LUMPUR 7 Mac — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) muncul sebagai pemegang saham utama dalam ITMAX System Bhd selepas pegangan dananya melepasi ambang pendedahan 5% dalam syarikat penyedia sistem dan penyelesaian bersepadu bandar pintar itu.

 

Subscribe to Terkini