Petronas meterai pembelian LNG kedua dengan Venture Global di Louisiana
KUALA LUMPUR 4 Julai — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memeterai perjanjian jangka panjang selama 20 tahun bagi pembelian gas asli cecair (LNG) dengan Venture Global Inc, sekali gus mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua syarikat tersebut.












