Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

VS Industry rugi pada 4QFY25 mengejutkan pasaran, tekanan kos berterusan antara punca - penganalisis

KUALA LUMPUR 1 Okt – Kerugian bersih dicatatkan VS Industry Berhad sebanyak RM33 juta bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Julai 2025 (4QFY25), mengejutkan pasaran dan penganalisis.

Prospek pendapatan Hiap Teck disokong pemulihan industri keluli, kata HLIB

KUALA LUMPUR 1 Okt - Prospek pendapatan Hiap Teck Venture Berhad diunjur positif dipacu pemulihan dalam industri keluli serta permintaan yang baik dalam sektor pembinaan.

 

OSK Property beli tanah di Subang Jaya berharga RM44.34 juta daripada Tropicana

KUALA LUMPUR 1 Okt – OSK Holdings Bhd melalui anak syarikat hartanahnya, OSK Property Holdings Bhd menandatangani perjanjian bagi memperoleh sebidang tanah seluas 1.34 hektar berharga RM44.34 juta di Subang Jaya daripada Tropicana Corp Bhd.

 

Vestland terima tawaran pengambilalihan wajib pada 34 sen sesaham, diskaun lebih 32% dari harga pasaran

KUALA LUMPUR 1 Okt - Vestland Bhd syarikat pembinaan yang disenaraikan di Bursa Malaysia kurang tiga tahun lalu, telah menerima tawaran pengambilalihan wajib (MGO) daripada pemegang saham utamanya pada harga 34 sen sesaham, iaitu diskaun lebih 32% daripada harga pasaran semasa.

KPJ Healthcare lantik NetSfere sediakan platform komunikasi selamat di 30 hospital

KUALA LUMPUR 1 Okt - KPJ Healthcare Berhad menjalin kerjasama strategik dengan penyedia global pemesejan perusahaan selamat, NetSfere, bagi memperkukuh keselamatan data dan melancarkan komunikasi di rangkaian 30 hospitalnya di seluruh negara.

 

Pemohon pinjaman lebih RM100,000 wajib hadir kursus pendidikan kewangan mulai 2027 - BNM

KUALA LUMPUR 1 Okt - Pengguna yang ingin memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 wajib menghadiri modul pendidikan kewangan di bawah dasar baharu yang akan berkuat kuasa pada tahun 2027.

 

Hampir 900,000 warga asing pemegang Lesen Memandu Malaysia tidak dapat beli RON95 harga subsidi

PUTRAJAYA 1 Okt - Kira-kira 900,000 bukan warganegara yang memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) kini tidak lagi dapat membeli petrol RON95 dengan harga yang disubsidi kerajaan, selepas pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

 

Isu kenaikan tarif air di Terengganu: Keseimbangan antara kelestarian dan kebajikan rakyat

Isu kenaikan tarif air di Terengganu oleh Syarikat Air Terengganu (SATU) sejak Februari 2024, dengan semakan tambahan pada Ogos 2025, terus menjadi perhatian masyarakat.

 

Kerajaan sasar bersihkan "kekacauan" rasuah dalam tempoh 3 tahun, libatkan `jerung', individu berprofil tinggi - PM Anwar

KUALA LUMPUR 1 Okt - Kerajaan menyasarkan untuk membersihkan segala bentuk penyalahgunaan kuasa dan "kekacauan" rasuah dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, terutamanya yang melibatkan "jerung" atau individu berprofil tinggi.

 

Berhati-hati membuat hibah kepada anak di bawah umur 18 tahun

Saya faham ada ramai ibu bapa di luar sana yang sangat mengambil berat tentang nasib dan kebajikan anak-anak, terutamanya yang di bawah umur 18 tahun.

BUDI95: Transaksi RM43.7 juta bagi pembelian 21.8 juta liter petrol RON95 direkodkan setakat 29 Sept

KUALA LUMPUR 30 Sept – Pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95)  mencatatkan transaksi RM43.7 juta bagi pembelian 21.8 juta liter petrol setakat 29 Sept.

 

Pemain industri sokong Pelan Hala Tuju Industri Keluli 2035 bendung lebihan kapasiti, pacu ke arah penyahkarbonan

KUALA LUMPUR 30 Sept - Syarikat keluli tempatan menyokong penuh Pelan Hala Tuju Industri Keluli 2035 (SIR2035) dan menyifatkan ia sebagai kerangka kerja yang dinantikan bagi menangani isu lebihan kapasiti selain meletakkan sektor berkenaan di landasan terbaik menuju ke arah penya

Tarif AS ke atas cip Malaysia gugat rantaian bekalan global, kata Majlis Perniagaan AS-ASEAN

KUALA LUMPUR 30 Sept – Amerika Syarikat (AS) perlu lebih berhati-hati sebelum bertindak drastik mengenakan sebarang tarif secara menyeluruh terhadap eksport semikonduktor dari Malaysia.

Subscribe to Terkini