Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Focus Point catat prestasi kukuh didorong tambahan 5 kedai dibuka pada 1HFY25 – TA Securities

KUALA LUMPUR 1 Okt – Pembukaan lima cawangan optikal sepanjang separuh pertama tahun kewangan 2025 menjadi pemangkin utama prestasi positif Focus Point Holdings Berhad, menurut TA Securities.

MidOcean beli sebahagian kepentingan PETRONAS dalam LNG Canada dianggarkan bernilai lebih RM12.62 bilion

KUALA LUMPUR 1 Okt – Syarikat gas asli cecair (LNG), MidOcean yang disokong oleh EIG dan Saudi Aramco, mengumumkan pembelian sebahagian kepentingan PETRONAS dalam projek LNG Canada yang diketuai Shell, membabitkan nilai transaksi dianggarkan lebih AS$3 bilion (RM12.62 bilion).

Usaha sama di Brazil pacu aliran tunai Vantris Energy, jadi pemangkin pemulihan kewangan – HLIB

KUALA LUMPUR 1 Okt – Projek usaha sama Vantris Energy Berhad di Brazil melalui entiti Seagems terus menjadi pemacu utama aliran tunai kumpulan itu, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).

Margin faedah bersih sektor perbankan diramal terus susut pada 3Q disebabkan pengurangan OPR, kata HLIB

KUALA LUMPUR 1 Okt - Margin faedah bersih (NIM) sektor perbankan diramal terus menyusut pada suku ketiga 2025 disebabkan pengurangan 25 mata asas dalam kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.75% pada Julai lalu, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).

 

Sektor pembuatan Malaysia stabil pada September disokong sentimen lebih baik, tekanan kos rendah - S&P Global

KUALA LUMPUR 1 Okt - Sektor pembuatan Malaysia menunjukkan tanda-tanda kestabilan pada September tahun ini, dengan keadaan operasi kekal tidak berubah, menurut data terkini Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia S&P Global.

 

XOX, MYIDSB jalin kerjasama perluas penggunaan MyDigital ID di institusi pengajian tinggi

KUALA LUMPUR 1 OktXOX Berhad menjalinkan kerjasama dengan My Digital ID Sdn Bhd (MYIDSB)  menggalakkan penerapan dan kesedaran pelajar terhadap MyDigital ID di institusi pengajian tinggi. 

Kos kredit lebih baik dijangka naikkan ROE Aeon Credit Service kepada 12%, dividen 5%, menurut RHB Research 

KUALA LUMPUR 1 Okt - Kos kredit yang lebih baik pada separuh kedua FY26 (2HFY26) dijangka menjadi pemangkin utama kepada peningkatan pulangan ke atas ekuiti (ROE) Aeon Credit Service (M) Bhd (ACSM) ke paras 12%, berbanding 10.5% dalam 1HFY26, menurut RHB Research.

 

Rakyat Malaysia mengaku bersalah terlibat skim penipuan Bitcoin di UK

LONDON 1 Okt (AFP) - Seorang rakyat Malaysia, Hok Seng Ling, 47, mengaku bersalah atas pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan skim penipuan mata wang kripto di Mahkamah Crown Southwark, London.

 

128 usahawan Pahang sertai program celik digital kuasai strategi e-dagang

KUALA LUMPUR 1 Okt – Kerajaan  Pahang terus memperkukuh ekosistem keusahawanan negeri itu dengan penganjuran Program Outreach & Latihan E-Dagang (Celik Digital) yang menghimpunkan 128 usahawan tempatan bagi mendalami strategi dan kemahiran perniagaan digital.

 

Pelaksanaan subsidi bersasar RON95 dijangka pacu pertumbuhan sektor runcit - MBSB Research

KUALA LUMPUR 1 Okt - Pertumbuhan sektor runcit dijangka kekal berdaya tahan disokong pelaksanaan subsidi bersasar untuk petrol RON95 selain keadaan pasaran buruh yang kukuh, inflasi terkawal serta langkah fiskal bersasar, menurut MBSB Research.

 

VS Industry rugi pada 4QFY25 mengejutkan pasaran, tekanan kos berterusan antara punca - penganalisis

KUALA LUMPUR 1 Okt – Kerugian bersih dicatatkan VS Industry Berhad sebanyak RM33 juta bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Julai 2025 (4QFY25), mengejutkan pasaran dan penganalisis.

Prospek pendapatan Hiap Teck disokong pemulihan industri keluli, kata HLIB

KUALA LUMPUR 1 Okt - Prospek pendapatan Hiap Teck Venture Berhad diunjur positif dipacu pemulihan dalam industri keluli serta permintaan yang baik dalam sektor pembinaan.

 

OSK Property beli tanah di Subang Jaya berharga RM44.34 juta daripada Tropicana

KUALA LUMPUR 1 Okt – OSK Holdings Bhd melalui anak syarikat hartanahnya, OSK Property Holdings Bhd menandatangani perjanjian bagi memperoleh sebidang tanah seluas 1.34 hektar berharga RM44.34 juta di Subang Jaya daripada Tropicana Corp Bhd.

 

Subscribe to Terkini