Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Tarif baharu tarik pelaburan besar dalam sektor air terutama di Johor – BIMB Securities

KUALA LUMPUR 7 Okt – Pengenalan struktur tarif air terawat khas untuk operator pusat data (DC) dan pelarasan tarif kumbahan domestik dijangka menjadi pemacu utama pelaburan besar dalam sektor air.

Kerajaan disarankan wujud sistem pembelian online atasi masalah nombor plat tidak terjual, Parlimen diberitahu

KUALA LUMPUR 7 Okt – Kerajaan disaran supaya mewujudkan satu sistem dalam talian bagi membolehkan orang ramai membida nombor plat kenderaan yang tidak terjual kerana kelemahan dalam sistem sedia ada  menyebabkan kerajaan kehilangan hasil berjuta ringgit.

 

Sorento Capital buka bilik pameran bernilai RM2.5 juta di Johor

KUALA LUMPUR 7 Okt – Penyedia kelengkapan bilik air dan dapur, Sorento Capital Bhd membuka bilik pameran dengan konsep baharu di Johor bagi menembus pasaran zon selatan negara serta menarik pelanggan dari Singapura.

 

Kronologi Asia meterai kerjasama strategik dengan LT Zero bagi rumusan simpanan data AI

KUALA LUMPUR 7 Okt - Kronologi Asia Berhad memeterai kerjasama dengan LT Zero Pte Ltd, sebuah syarikat yang bekerjasama dengan peneraju global dalam sistem simpanan data, BDT Media Automation GmbH (BDT).

 

Pertumbuhan gaji hambar, kos operasi meningkat, Kenanga Research kekalkan saranan Neutral ke atas sektor pengguna 

KUALA LUMPUR 7 Okt – Penganalisis pasaran mengekalkan saranan Neutral terhadap sektor pengguna, di tengah-tengah sentimen pengguna yang kekal lemah disebabkan pertumbuhan gaji sebenar yang hambar serta kos operasi yang semakin meningkat.

 

Lebih 31,000 termasuk nelayan dan pemilik bot menjadi penerima baharu BUDI95 - MoF


KUALA LUMPUR 7 Okt - Lebih 31,000 rakyat daripada tiga kelompok masyarakat menjadi penerima baharu skim subsidi bersasar Budi Madani Ron95 (BUDI95) selepas Kerajaan meluaskan kelayakan kepada kumpuan tersebut.

 

Malaysia mampu jadi hab kekayaan serantau jana RM10.7 bilion melalui pejabat keluarga tunggal – Juwai IQI

KUALA LUMPUR 7 Okt – Malaysia berpotensi menjana sehingga RM10.7 bilion manfaat ekonomi menerusi pelbagai pakej insentif cukai yang menyasarkan penubuhan banyak pejabat keluarga tunggal (SFO).

Cadangan cukai cecair vape dinaikkan 10 kali ganda kepada RM4, KKM tunggu maklum balas MOF

KUALA LUMPUR 7 Okt – Kementerian Kesihatan mencadangkan kadar cukai terhadap cecair vape dinaikkan kepada RM4 bagi setiap mililiter berbanding kadar semasa 40 sen, sebagai langkah mengurangkan penggunaannya menjelang pelaksanaan larangan penuh di seluruh negara.

 

Anwar beri amaran tegas kepada Tiong, Kementerian Pelancongan berhubung isu alkohol

KUALA LUMPUR 7 Okt - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan amaran tegas kepada Datuk Seri Tiong King Sing dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya selepas minuman beralkohol dihidangkan pada majlis makan malam gala Global Travel Meet baru-baru ini.

 

Pengeluar kren, Liftech Group rancang penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Okt - Pengeluar kren dan lif industri, Liftech Group Berhad merancang penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia bagi mengumpul dana untuk pengembangan operasi.

 

Mercedes-Benz Malaysia lancarkan stesen pengecas EV ke-6 di Bamboo Hills

KUALA LUMPUR 7 Okt – Mercedes-Benz Malaysia memperluaskan lagi rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) menerusi kerjasama strategik dengan  DC Handal melalui pelancaran hab pengecasan yang ke-6 di Bamboo Hills Kuala Lumpur.

 

Projek di Asia Barat jadi pemangkin utama pendapatan AWC pada FY26 – HLIB

KUALA LUMPUR 7 Okt – Pemulihan semula projek-projek tertangguh di rantau Asia Barat dijangka menjadi pemangkin utama kepada prestasi pendapatan AWC Berhad bagi tahun kewangan 2026 (FY26).

PETRONAS dijangka berhati-hati dalam perbelanjaan modal susulan isu dengan Petros, OPEC+, kata CGS International

KUALA LUMPUR 7 Okt – Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dijangka mengambil pendekatan lebih berhati-hati dalam perbelanjaan modal (capex) pada tahun-tahun akan datang, susulan pertikaian undang-undang yang berlarutan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) serta ketidaktentuan harga

Subscribe to Terkini