Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

SD Guthrie jual tanah JS-SEZ bernilai RM815 juta, jalin kerjasama bangunkan Eco Business Park VIII

KUALA LUMPUR 19 Nov – SD Guthrie Bhd memeterai perjanjian pelupusan tanah seluas 941.82 ekar di Kulai, Johor, dengan nilai keseluruhan RM814.78 juta kepada Eco Business Park 8 Sdn Bhd (EBP8), sebuah syarikat tujuan khas yang kini dimiliki penuh oleh EcoWorld Development Group Bhd

Transaksi QR rentas sempadan ASEAN cecah 12.9 juta pada separuh pertama 2025 - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR 19 Nov – Transaksi pembayaran rentas sempadan ASEAN menggunakan kod Respons Pantas (QR) meningkat kepada 12.9 juta transaksi dalam separuh pertama 2025, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

 

Perdagangan Malaysia meningkat 13% kepada RM277.65 bilion pada Oktober 2025 - MITI

KUALA LUMPUR 19 Nov – Prestasi perdagangan Malaysia pada Oktober 2025 meningkat 13.6% kepada RM277.65 bilion, didorong oleh pertumbuhan eksport dan import ke tahap rekod, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

 

Teo Seng dijangka catat pendapatan lebih lemah pada 4QFY25 susulan pemansuhan subsidi telur - PublicInvest

KUALA LUMPUR 19 Nov - Teo Seng Capital Bhd dijangka berdepan tekanan pendapatan pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 (4QFY2025) berikutan pemansuhan penuh subsidi telur, menurut PublicInvest Research.

 

Untung bersih MNRB meningkat 21% kepada RM112.26 juta pada 2QFY2026, umum dividen 10 sen

KUALA LUMPUR 19 Nov – MNRB Holdings Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih sebanyak 21.1% pada suku kedua berakhir 30 September 2025 (2QFY2026) kepada RM112.26 juta berbanding RM92.74 juta setahun sebelumnya, didorong pulangan pelaburan yang lebih kukuh.

 

Trip.Biz, Malaysia Airlines jalin kerjasama strategik perluas pasaran PKS di 25 negara

KUALA LUMPUR 19 NovTrip.Biz dan Malaysia Airlines, unit perjalanan korporat di bawah Trip.com Group, memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bagi memperkukuh penyelesaian perjalanan perniagaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS

Keuntungan RCE Capital mula pulih, Maybank IB naikkan saranan kepada BELI dengan TP lebih tinggi RM1.16

KUALA LUMPUR 19 Nov - RCE Capital Bhd menunjukkan tanda-tanda pemulihan selepas tujuh suku berturut-turut mencatatkan kemerosotan keuntungan, mendorong Maybank Investment Bank (Maybank IB) menaikkan saranan kepada BELI dengan harga sasaran baharu MYR1.16, meningkat 3% daripada MY

IGB Bhd beli tapak bekas Taman Tema Movie Animation Park Studios di Perak berharga RM43.65 juta

KUALA LUMPUR 19 Nov – IGB Bhd melalui anak syarikatnya, Bintang Sentral Sdn Bhd membeli tapak bekas taman tema Movie Animation Parks Studios (MAPS) di Perak pada harga RM43.65 juta bagi menambah bank tanah kumpulannya.

 

Penggunaan air pusat data hanya 21–28%, hasil sumbangan tarif khas mampu tampung kos sistem bekalan, Parlimen diberitahu

KUALA LUMPUR 19 Nov – Penggunaan air pusat data di Selangor dan Johor kekal jauh lebih rendah daripada jumlah yang dipohon, dengan kerajaan menegaskan bahawa hasil kutipan daripada sektor itu mencukupi untuk menampung kos pembinaan serta penyelenggaraan sistem bekalan air khusus

Wasco berdepan prospek sederhana ditekan persekitaran capex global perlahan - Maybank IB

KUALA LUMPUR 19 Nov — Wasco Bhd dijangka berdepan prospek yang sederhana dalam tempoh terdekat berikutan persekitaran perbelanjaan modal (capex) global yang perlahan, namun hasil dividen sekitar 6% dijangka menjadi penyokong utama harga saham kumpulan itu, menurut Maybank Investm

Dialog Group dijangka terus catat prestasi kukuh, penganalisis kekal saranan tambah & beli

KUALA LUMPUR 19 Nov – Dialog Group Berhad diyakini terus mencatat prestasi kukuh berikutan projek strategik jangka panjang dan operasi terminal tangki yang stabil, menurut penganalisis.

 

Mahkamah Tinggi Kuching tetapkan 30 Januari 2026 bagi penghakiman berhubung pertikaian Petros-PETRONAS

KUALA LUMPUR 19 Nov - Mahkamah Tinggi Kuching akan memutuskan pada 30 Jan 2026, sama ada untuk memberikan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) suatu perisytiharan berhubung tuntutannya bahawa tindakan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membuat tuntutan terhadap jaminan bank bernilai RM7

RCE Capital catat untung bersih RM29.31 juta pada 2QFY2026 hasil jumlah pinjaman lebih tinggi

KUALA LUMPUR 19 Nov – RCE Capital Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM29.31 juta pada suku kedua tahun kewangan 2026 (2QFY2026), meningkat 5.3% berbanding RM27.83 juta pada tahun sebelumnya, hasil daripada peningkatan jumlah pinjaman yang menyokong pendapatan yuran.

Subscribe to Terkini