Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PKNS disahkan sebagai pihak yang bertindak bersama (PAC) dalam cadangan pengambilalihan Sunway–IJM

KUALA LUMPUR 3 Feb - Dokumen tawaran rasmi yang diterbitkan hari ini mendedahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) disahkan sebagai pihak yang bertindak bersama (PAC) dalam cadangan pengambilalihan IJM Corporation Bhd oleh Sunway Group.

 

CGSI mulakan liputan ke atas Lagenda Properties dengan saranan Tambah, TP RM2.03

KUALA LUMPUR 3 Feb – CGS International memulakan liputan ke atas Lagenda Properties Bhd dengan saranan Tambah dan menetapkan sasaran harga saham RM2.03, mewakili potensi kenaikan sebanyak 35% daripada harga semasa RM1.50. 

 

Malakoff kembali ke landasan pertumbuhan positif, penganalisis saran Tambah dengan TP RM1.20

KUALA LUMPUR 3 Feb – Pelanjutan operasi yang diterima Malakoff Corporation Berhad untuk tiga loji janakuasanya (kapasiti gabungan kira-kira 2.1GW) sehingga 31 Disember 2029, diyakini akan terus  meningkatkan pendapatan syarikat dalam jangka sederhana, menurut penganalisis.

Pelabur asing tamatkan rekod penjualan bersih 3 bulan dengan aliran masuk RM1.05 bilion - terbesar sejak Ogos 2024

KUALA LUMPUR 3 Feb - Pelabur asing memutuskan rekod penjualan bersih tiga bulan berturut-turut di Bursa Malaysia dengan RM1.05 bilion aliran masuk bersih pada Januari 2026 — jumlah aliran masuk bulanan terbesar sejak Ogos 2024.

 

Keuntungan sektor CCS hanya dinikmati bermula 2028, MBSB kekal saranan Neutral terhadap MISC

KUALA LUMPUR 3 Feb – MISC Berhad dijangka memperkukuh portfolio syarikat dengan memasuki sektor Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS) seiring dengan usaha global mengurangkan karbon dan menyokong peralihan tenaga lestari, menurut MBSB Research.

 

​​​​​​​Saham syarikat besar jadi pilihan ramai pelabur, Maybank IB unjur FBM KLCI cecah 1,750 mata

KUALA LUMPUR 3 Feb - Saham syarikat bermodal besar memimpin pasaran ketika Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) kembali mengukuhkan aliran menaik, walaupun sektor pasaran lebih luas masih ketinggalan.

 

Sunview: Dari untung RM7.86 juta ke rugi RM70.29 juta, tiada percanggahan kos kontrak

KUALA LUMPUR 3 Feb - Sunview Group Berhad menjelaskan peralihan mendadak prestasi kewangannya — daripada keuntungan bersih tidak diaudit RM7.86 juta bagi FY2025 kepada kerugian bersih diaudit RM70.29 juta — bukan disebabkan percanggahan kos kontrak.

 

TMK Chemical dijangka raih manfaat daripada rancangan Lynas naikkan 50% keluaran - RHB Research

KUALA LUMPUR 3 Feb - TMK Chemical Berhad berpotensi mendapat manfaat besar daripada rancangan Lynas untuk meningkatkan pengeluaran klor alkali sebanyak 50% menjelang April 2026, yang mewakili 65% pasaran domestik, kata RHB Research.

 

EcoFirst beli dua bidang tanah bernilai RM45 juta di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 3 Feb – EcoFirst menerusi dua anak syarikat milik penuhnya, EcoFirst Homes Sdn Bhd dan EcoFirst Living Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli bagi memperoleh dua bidang tanah pegangan bebas di Pulau Pinang berharga RM45 juta.

 

APS muncul sebagai Hab MRO Kipas Pesawat Asia Pasifik, pensijilan terbaharu daripada Nepal, Filipina

KUALA LUMPUR 3 Feb - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal (Civil Aviation Authority of Nepal, CAAN) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (Civil Aviation Authority of the Philippines, CAAP) telah memberi pensijilan kepada pusat penyelenggaraan Aircraft Propeller Services

Pengasas bersama Sentoria, Gan Kim Leong jual 35.8% pegangan ketika krisis PN17 memburuk

KUALA LUMPUR 3 Feb - Sentoria Group Bhd, sebuah syarikat di bawah Nota Amalan 17 (PN17), memaklumkan bahawa pengasas bersama mereka, Datuk Gan Kim Leong, telah berhenti menjadi pemegang saham utama selepas melupuskan pegangan tidak langsung beliau dalam syarikat induk kumpulan, S

Carlo Rino rancang pindah ke Pasaran Utama pada Separuh Kedua 2026 selepas memenuhi keperluan SC

KUALA LUMPUR 3 Feb - Peruncit fesyen Carlo Rino Group Bhd bercadang memindahkan penyenaraian saham syarikat daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia.

 

AirBorneo tempah 8 pesawat ATR untuk memodenkan perkhidmatan udara luar bandar

KUALA LUMPUR 3 Feb - AirBorneo dan ATR hari ini mengumumkan perkongsian strategik bagi memodenkan armada Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) Malaysia, dengan AirBorneo mengesahkan tempahan tetap bagi lapan pesawat ATR.

 

Subscribe to Terkini