Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Malacca Securities yakin untung bersih Teamstar naik 9.7% bagi FY26 dipacu pertambahan 10 kedai

KUALA LUMPUR 9 FebMalacca Securities yakin keuntungan bersih Teamstar Berhad meningkat 9.7% bagi FY26, dipacu jangkaan pertambahan sejumlah 10 kedai runcit baharu dan tiga lagi gudang tambahan.

Minggu Jaringan Ekonomi 2026 tarik lebih 300 usahawan antarabangsa ke Kelantan

KUALA LUMPUR 9 Feb – Kelantan menjadi tumpuan lebih 300 usahawan tempatan dan antarabangsa dalam Minggu Jaringan Usahawan Antarabangsa (NWI) 2026, dengan potensi peluang perniagaan bernilai jutaan ringgit dibuka sepanjang program berlangsung. 

 

Dagangan saham Boustead Heavy Industries digantung sementara menunggu pengumuman rasmi

KUALA LUMPUR 9 Feb - Dagangan saham Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) digantung sementara di Pasaran Utama Bursa Malaysia berkuat kuasa 9.31 pagi hari ini hingga 5 petang, Selasa, selepas mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd.

 

Ringgit dijangka terus mengukuh mengatasi prestasi mata wang serantau pada 2026 - Maybank IB

KUALA LUMPUR 9 Feb - Asas ekonomi yang kukuh, digabungkan dengan ledakan global kecerdasan buatan (AI) akan meletakkan ringgit pada kedudukan terbaik untuk mengatasi prestasi mata wang serantau pada 2026, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).

 

AGX dijangka catat kenaikan keuntungan 6%-14% hasil kontrak baru dengan MAG - Philip Capital

KUALA LUMPUR 9 Feb – AGX Group Bhd dijangka mencatat kenaikan keuntungan antara 6%-14% bagi 2026-2027 berikutan kontrak logistik baru dengan Malaysia Aviation Group (MAG), menurut Philip Capital.

 

FBMKLCI mula lemah sebelum Tahun Baharu Cina susulan tekanan jualan – TA Securities

KUALA LUMPUR 9 Feb – Indeks komposit utama Bursa Malaysia (FBMKLCI) lemah akibat pembetulan sepanjang minggu lalu susulan tekanan jualan pengambilan untung menjelang Tahun Baharu Cina.

CIJ bimbang Mahkamah Persekutuan benarkan istilah ‘offensive’ dan ‘annoy’ dalam Seksyen 233 CMA

KUALA LUMPUR 9 Feb - Pusat Kewartawanan Bebas atau The Centre for Independent Journalism (CIJ) melahirkan kebimbangan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang membenarkan semula penggunaan perkataan “offensive” dan “annoy” di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta

RM117 juta bagi lapan program khas untuk PMKS pada tahun 2026 - SME Corp

KUALA LUMPUR 9 Feb – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM117 juta bagi pelaksanaan lapan program utama untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) pada tahun 2026 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) melalui SME Corp. Malaysia.

 

Dana asing kembali sebagai pembeli bersih ekuiti Malaysia sebanyak RM1 bilion pada Jan 2026

KUALA LUMPUR 9 Feb - Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih ekuiti Malaysia pada Januari 2026, menamatkan tiga bulan berturut-turut aktiviti penjualan dan menandakan perubahan awal dalam kedudukan dana global terhadap pasaran tempatan.

 

Unjuran hasil KJTS bagi FY26-FY27 diturun akibat gagal peroleh Malakoff Utilities, kata Malacca Securities

KUALA LUMPUR 9 Feb – Kegagalan pemerolehan Malakoff Utilities Services Berhad (MUSB) oleh KJTS Group Berhad mendorong Malacca Securities menyemak turun unjuran pendapatan kumpulan itu.

Projek luar Negeri Sembilan diyakini jadi pemacu 30% pendapatan Matrix Concepts - MBSB Research

KUALA LUMPUR 9 Feb – MBSB Research mengekalkan saranan Beli terhadap Matrix Concepts Holdings Berhad dengan harga sasaran tidak berubah pada RM1.65, susulan lawatan tapak ke beberapa projek syarikat di Lembah Klang yang menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

 

Protes pertama pembinaan Pusat Data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran

KUALA LUMPUR 9 Feb - Lebih 50 orang berhimpun di hadapan tapak pembinaan sebuah pusat data di Gelang Patah, Johor baru-baru ini menuntut supaya pencemaran habuk dihentikan serta pampasan diberikan.

 

Bantuan SARA RM100: Lebih 22 juta rakyat Malaysia terima sumbangan bermula 9 Feb 2026 - MoF

KUALA LUMPUR 9 Feb – Kerajaan Madani mula menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk lebih 22 juta warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion bermula hari ini.

 

Subscribe to Terkini