Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Risiko tukaran mata wang asing terus lemahkan prestasi jualan D&O Green Technologies — PublicInvest

KUALA LUMPUR 18 Mac — Walaupun pelarasan turun nilai inventori hampir berakhir, isu kadar tukaran asing (forex) kekal menjadi risiko utama yang boleh melemahkan prestasi D&O Green Technologies Berhad.

IPO Sunway Healthcare kumpul RM3.3 bilion, terbesar dalam tempoh 9 tahun

KUALA LUMPUR 18 Mac – Sunway Healthcare Holdings Berhad membuat penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada harga pembukaan RM1.70 sesaham, mewakili premium 17.2% berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak RM1.45 sesaham. 

 

Silap tanda 'Cukai Ditanggung Oleh Majikan", pembayar cukai tidak perlu kemukakan pindaan BNCP

PUTRAJAYA 18 Mac - Pembayar cukai individu tidak perlu mengemukakan pindaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2025 bagi membetulkan kesilapan penandaan ruangan “Cukai ditanggung oleh majikan” secara tidak sengaja semasa pengisian borang tersebut.

 

Pelaburan digital MDEC cecah RM87.4 bilion pada 2025, dipacu perkembangan AI

PUTRAJAYA 18 Mac - Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) meraih pelaburan digital diluluskan berjumlah RM87.4 bilion pada 2025, didorong terutamanya oleh pertumbuhan pesat kecerdasan buatan (AI), data raya, pusat data dan perkhidmatan awan.

 

Lebih 11,000 petugas TNB siap siaga demi keselesaan rakyat sambut Aidilfitri

KUALA LUMPUR 18 Mac — Lebih 11,000 petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) digerakkan bagi memastikan bekalan elektrik kekal stabil sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri, demi keselesaan rakyat.

DHL Express, MAG bekerjasama guna bahan api lestari kurangkan pelepasan karbon

KUALA LUMPUR 18 Mac – DHL Express telah menandatangani perjanjian dengan Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines, bagi menggunakan perkhidmatan GoGreen Plus.

 

Permintaan pembedahan mata dijangka meningkat, Optimax kekal disaran ‘Beli’ - Maybank IB

KUALA LUMPUR 18 Mac – Prospek jangka panjang sektor penjagaan mata Optimax Holdings kekal positif dengan peningkatan volum pembedahan dijangka didorong oleh faktor demografi atau penuaan dan perlindungan insurans yang semakin meluas, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).<

Bekalan aluminium yang terhad akibat konflik di Selat Hormuz dorong kenaikan harga pasaran - RHB Research

KUALA LUMPUR 18 Mac – Press Metal Aluminium Holdings Bhd dijangka terus mendapat manfaat daripada harga aluminium yang kekal tinggi disebabkan ketegangan geopolitik di Timur Tengah, khususnya di Selat Hormuz, menurut RHB Research.

 

Harga cip memori tinggi ancam permintaan sektor semikonduktor, kata TA Securities

KUALA LUMPUR 18 Mac — Kenaikan berterusan harga cip memori dilihat menekan permintaan produk elektronik pengguna dan menjejaskan rantaian nilai semikonduktor global, kata TA Securities.

KLCI kembali melepasi paras 1,700 mata susulan sentimen global positif berkaitan Selat Hormuz - Maybank IB

KUALA LUMPUR 18 Mac – Pasaran saham Malaysia terus mencatat kenaikan apabila indeks utama KLCI kembali melepasi paras 1,700 mata, didorong oleh sentimen global yang semakin positif, termasuk perkembangan terbaharu bahawa kapal tangki dijangka dapat melalui Selat Hormuz tanpa gang

Mad Hat Asia dilantik sebagai agensi perhubungan awam PUMA Malaysia

KUALA LUMPUR 18 Mac – Mad Hat Asia mengumumkan kejayaan dilantik sebagai agensi perhubungan awam (PR) bagi PUMA Malaysia selepas melalui proses bidaan kompetetif.

 

Ekuiti Capital A tertekan berikutan harga saham AirAsia X jatuh akibat konflik Timur Tengah — MBSB Research

KUALA LUMPUR 18 Mac — Penurunan harga saham AirAsia X Berhad susulan konflik geopolitik di Timur Tengah dilihat memberi tekanan kepada kedudukan ekuiti Capital A Berhad, kata MBSB Research.

Khee San hampiri keluar PN17 selepas melepasi 'halangan terakhir dan paling kritikal' dalam penstrukturan semula syarikat

KUALA LUMPUR 18 Mac – Khee San Bhd kini semakin hampir untuk keluar daripada status Practice Note 17 selepas berjaya melengkapkan pelan penstrukturan semulanya, sekali gus menamatkan tempoh lebih empat tahun berdepan tekanan kewangan.

 

Subscribe to Terkini