Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MyCC beri amaran terhadap syarikat perubatan swasta agar tidak tetapkan harga secara kolektif

KUALA LUMPUR 23 Mei - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengeluarkan amaran kepada syarikat-syarikat perubatan swasta di beberapa negeri agar tidak bekerjasama untuk memperkenalkan bayaran baharu, dengan menyatakan ia boleh melanggar Akta Persaingan 2010.

 

Advancecon raih kontrak Sime Darby Property di Gombak bernilai RM68.5 juta

KUALA LUMPUR 23 Mei — Advancecon Holdings Berhad menerusi anak syarikatnya, Advancecon Infra Sdn Bhd (AISB) memperoleh kontrak bernilai RM68.5 juta daripada Sime Darby Property (Lagong) Sdn Bhd untuk pembangunan di Gombak, Selangor.

HRD Corp, Pernas anjur Pertandingan Keusahawanan Pitch & Grow sempena NTW 2025

KUALA LUMPUR 23 Mei – Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) menjalin kerjasama strategik dengan Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) bagi menganjurkan Pertandingan Keusahawanan Pitch & Grow bersempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025.

 

BM Greentech berpotensi kukuh dalam pasaran segmen tenaga solar - RHB Research

KUALA LUMPUR 23 Mei — BM Greentech Berhad diunjur berpotensi merekodkan pertumbuhan kukuh dalam pasaran segmen tenaga solar, berdasarkan keputusan kewangan positif pada suku pertama 2025, kata RHB Research.

PJBumi dapat kelulusan bina 22 kilang industri di Kedah bernilai RM40 juta

KUALA LUMPUR 23 Mei - PJBumi Bhd mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk membina 22 unit kilang industri sederhana di Kedah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan sebanyak RM40 juta.

 

Label Malaysia sebagai 'risiko standard', MPOC persoal penarafan risiko pembasmian hutan EU

KUALA LUMPUR 23 Mei - Pengeluar minyak sawit Malaysia mengkritik keras keputusan Suruhanjaya Eropah yang meletakkan Malaysia di bawah kategori 'risiko standard' berbanding 'risiko rendah' dalam sistem penanda aras Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

 

Untung bersih Hextar Global naik 11.18% pada 1QFY25 kepada RM13.5 juta

KUALA LUMPUR 23 Mei – Untung bersih Hextar Global Bhd pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) meningkat 11.18% kepada RM13.5 juta disokong margin lebih kukuh dalam segmen kimia khas dan pertanian hasil gabungan jualan yang lebih baik.

 

Sistem perolehan pertahanan Malaysia antara yang terbaik di ASEAN - Thales

KUALA LUMPUR 23 Mei - Syarikat pertahanan global, Thales Group, menyambut baik perkembangan positif dalam proses pembelian peralatan pertahanan Malaysia yang semakin matang dan berdaya saing, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada syarikat antarabangsa untuk menawarkan te

Sarawak Plantation diunjur raih hasil stabil didorong kenaikan harga sawit - MIDF Research

KUALA LUMPUR 23 Mei — Sarawak Plantation Berhad diunjur mampu mencatatkan hasil jangka pendek yang lebih stabil didorong oleh faktor jangkaan berlaku kekukuhan harga minyak sawit mentah (MSM), kata MIDF Research.

Lotte Chemical Titan tandatangani kontrak tiga tahun beli naphtha dari Saudi Aramco

KUALA LUMPUR 23 Mei - Lotte Chemical Titan Holding Bhd memeterai perjanjian selama tiga tahun dengan anak syarikat milik penuh gergasi tenaga Arab Saudi, Saudi Aramco, Aramco Trading Singapore Pte Ltd, bagi pembelian sehingga 400 kilotan (KT) naphtha setahun.

 

Velesto Energy raih kontrak penggerudian 12 telaga baharu di Indonesia hingga Julai 2028

KUALA LUMPUR 23 Mei – Velesto Energy Bhd meraih kontrak penggerudian baharu daripada PC Ketapang II Ltd, PC North Madura II Ltd, dan Petronas North Ketapang Sdn Bhd bagi pelantar jack-up NAGA 8 di Indonesia.

 

Petronas Dagangan catat untung bersih 1QFY25 meningkat 30% kepada RM293.5 juta dipacu jualan kukuh

KUALA LUMPUR 23 Mei — Petronas Dagangan Berhad mencatatkan peningkatan 29.8 peratus dalam keuntungan bersih bagi tempoh suku pertama berakhir 31 Mac 2025 kepada RM293.50 juta berbanding RM226.04 juta pada 1QFY24.

AME Elite cadang bantuan sehingga RM100 juta bangunkan taman industri di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 23 Mei — AME Elite Consortium Berhad mencadangkan untuk memberi bantuan kewangan sehingga RM100 juta kepada Suling Hill Development Sdn Bhd bagi membangunkan taman perindustrian dikenali Northern TechValley (BKE) di Pulau Pinang.

Subscribe to Terkini