Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Dana kekayaan Sarawak diberi kelulusan teroka pelaburan global, kata Abang Jo

KUALA LUMPUR 28 Mei — Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan untuk meneruskan penerokaan dalam pelaburan global, kata Tan Sri Abang Johari Openg.

HSBC Bank Malaysia Bhd, HSBC Amanah Malaysia didenda RM3.26 juta langgar peraturan kewangan - BNM

KUALA LUMPUR 28 Mei - Bank Negara Malaysia mendenda HSBC Bank Malaysia Bhd dan HSBC Amanah Malaysia Bhd kerana melanggar undang-undang perkhidmatan kewangan dan keperluan pencegahan pengubahan wang haram.

 

Nik Nazmi juga meletakkan jawatan dalam Kabinet

KUALA LUMPUR 28 Mei - Selepas Datuk Seri Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi, Nik Nazmi Nik Ahmad mengikuti langkah itu dan meletakkan jawatan daripada Kabinet sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar.

 

UPS perluas operasi di Johor dengan kemudahan baharu bagi percepat penghantaran 

KUALA LUMPUR 28 Mei – Syarikat logistik dan penghantaran, UPS tingkatkan perkhidmatan di Johor dengan kemudahan baharu di Senai bagi mempercepat penghantaran dan mengukuhkan ketersambungan global.

 

Axiata catat untung bersih RM159.8 juta naik 100% pada 1QFY25 disokong portfolio perniagaan strategik

KUALA LUMPUR 28 Mei — Axiata Group Berhad mencatatkan peningkatan kukuh tahun ke tahun (Y-o-Y) dalam Keuntungan Selepas Cukai dan Faedah Minoriti (PATAMI) bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2025 kepada RM159.8 juta.

FGV kembali catat untung bersih RM36.48 juta pada 1QFY25 didorong pertambahan pengeluaran buah tandan segar

KUALA LUMPUR 28 Mei - FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun sebelumnya didorong peningkatan hasil serta pengeluaran buah

MTC Orec jalin kerjasama strategik dengan IHI Plant bangunkan industri biojisim Malaysia

KUALA LUMPUR 28 Mei – MTC Orec Sdn Bhd (MTCO) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan IHI Plant Services Corporation (IPC), anak syarikat Kumpulan IHI Jepun bagi membangunkan industri biojisim dan biometana Malaysia.

 

CIMB Securities naik taraf saham Hap Seng Plantations kepada 'beli' susulan susut harga

KUALA LUMPUR 28 Mei - CIMB Securities menaik taraf saranan Hap Seng Plantations Holdings Bhd kepada 'beli' daripada 'pegang', susulan penurunan harga saham baru-baru ini yang menjadikannya lebih menarik untuk pelabur.

 

OSK catat untung bersih RM125 juta pada 1QFY25 dipacu asas kukuh pelbagai segmen

KUALA LUMPUR 28 Mei — OSK Holdings Berhad mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM124.89 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025, sedikit peningkatan berbanding RM123.18 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Peningkatan keuntungan, kontrak baharu bantu lonjak prestasi Velesto - penganalisis

KUALA LUMPUR 28 Mei - Velesto Energy Bhd dijangka mampu menghadapi tekanan jangka pendek terhadap kadar sewa pelantar penggerudian minyak melalui peningkatan keuntungan dan peningkatan kontrak baharu, menurut penganalisis.

 

Microsoft lancar rantau awan pertama Malaysia, bakal jana RM51.6 bilion dan 37,000 peluang pekerjaan menjelang 2028

KUALA LUMPUR 28 Mei – Microsoft melancarkan rantau awan pertama di Malaysia, dikenali sebagai Malaysia West, yang dijangka menjana hasil baharu sehingga AS$10.9 bilion (RM51.6 bilion) dan mewujudkan 37,000 peluang pekerjaan menjelang 2028.

 

Petronas melabur RM25 bilion di Sarawak sepanjang 2024, kata Awang Tengah

KUALA LUMPUR 28 Mei — Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah melabur sebanyak RM25 bilion di Sarawak sepanjang tahun lepas, kata Timbalan Premier negeri tersebut, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Pesawat pejuang J-10CE China yang diguna Pakistan, beri pilihan baharu kepada TUDM

Pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi [LIMA] di Malaysia, yang dibuka pada 20 Mei 2025, jet pejuang J-10CE China muncul sebagai tumpuan utama, menarik ramai pegawai tentera, pakar industri dan peminat pertahanan global.

 

Subscribe to Terkini