PETRONAS perluas penggunaan AI dalam operasi minyak dan gas menerusi kerjasama IBM, Tridiagonal.AI
KUALA LUMPUR 8 Julai – PETRONAS Carigali Sdn Bhd memeterai perjanjian pembangunan bersama (JDA) ketiga dengan IBM Malaysia Sdn Bhd dan Tridiagonal.AI Pvt Ltd (T.AI) bagi mempercepatkan pembangunan rumusan kecerdasan buatan (AI) menerusi inisiatif TriCipta AI.





