PM beri jaminan sempadan negara akan dibuka tidak lama lagi
PHNOM PENH 24 Feb - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kepada rakyat Malaysia di Kemboja bahawa Malaysia akan membuka sempadannya tidak lama lagi yang akan memudahkan proses perjalanan terutama bagi mereka yang menetap di luar negara.






