KUALA LUMPUR 24 Feb - Seramai 10 bekas kakitangan Mara Corporation memfailkan saman di Mahkamah Perusahaan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 kerana mendakwa pemecatan mereka pada 28 Januari 2021 adalah tidak adil dan menyalahi undang-undang.
PUTRAJAYA 24 Feb - Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan individu yang menjadi kontak rapat tetapi menerima dos penggalak serta tidak bergejala, tidak lagi perlu menjalani kuarantin berkuat kuasa 1 Mac ini.
PHNOM PENH 24 Feb - Malaysia berpandangan Myanmar adalah sebuah negara jiran serta negara ASEAN yang dihargai, dan mahu melihat negara itu pulih seperti sedia kala dan mengikut Konsensus Lima Perkara ASEAN (5PC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
KUALA LUMPUR 24 Feb - Pendapatan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (FY2021) meningkat 19.7% kepada RM52.63 bilion berbanding RM43.98 bilion yang direkodkan bagi tempoh sama tahun sebelumnya.