Mesyuarat Jemaah Menteri setuju MoU pembantu rumah Indonesia dimeterai segera
KUALA LUMPUR 23 Feb - Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju memorandum persefahaman (MoU) berhubung pengambilan dan penempatan pembantu rumah dari Indonesia ditandatangani segera pada tarikh serta masa yang dipersetujui bersama oleh Malaysia dan Indonesia.






