Bintulu Port catat untung bersih RM23.75 juta dalam 2QFY23, isytihar dividen 3 sen sesaham
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Bintulu Port Holdings Berhad telah mencatatkan keuntungan bersih RM23.75 juta dalam suku kedua tahun kewangan 2023 (2QFY23), meningkat 6.5% daripada RM22.3 juta bagi tempoh sama tahun lalu.






