TMK Chemical rancang pengambilalihan 100% CCM dalam urus niaga RM920 juta
KUALA LUMPUR 15 Jun – TMK Chemical Bhd merancang untuk mengambil alih 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM), anak syarikat milik penuh Batu Kawan Bhd menerusi satu urus niaga strategik yang dianggarkan bernilai kira-kira RM920 juta.






