Saham AMS Advanced Material susut 1.72% selepas dibuka mendatar pada penampilan sulung di Pasaran ACE
KUALA LUMPUR 23 April – Penampilan pertama AMS Advanced Material Berhad di Pasaran ACE Bursa Malaysia agak suram apabila sahamnya mula menyusut selepas dibuka pada harga tawaran awam permulaan (IPO) 29 sen sesaham.




