Malaysia Smelting Corporation catat prestasi kukuh 3Q, hasil meningkat 12.7% kepada RM529.5 juta
KUALA LUMPUR 25 Nov - Malaysia Smelting Corporation Berhad (MSC) melaporkan prestasi memberangsangkan bagi suku ketiga tahun kewangan 2025 (3QFY25) dengan mencatat hasil RM529.5 juta, meningkat 12.7% berbanding RM470.1 juta setahun lalu.



