Kementerian Komunikasi teliti semula had jumlah pengguna platform media sosial yang tertakluk kepada peraturan pendaftaran lesen - Fahmi
KUALA LUMPUR 15 Jan - Kementerian Komunikasi sedang meneliti kewajaran untuk menyemak semula penetapan jumlah pengguna bagi setiap platform media sosial di Malaysia yang dianggap berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)].





