| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Untung 4Q BAT Malaysia melonjak, kenaikan harga rokok pacu prestasi terbaik 7 tahun

KUALA LUMPUR 10 Feb - British American Tobacco (M) Bhd atau BAT Malaysia menutup tahun kewangan terbaharunya dengan prestasi suku tahunan terkuat dalam tempoh tujuh tahun, didorong oleh kenaikan harga runcit jenama rokoknya serta peningkatan volum penghantaran.

 

PETRONAS anugerah PSC bagi Kluster Permata di perairan Sabah kepada firma British, Bridge Petroleum

KUALA LUMPUR 10 Feb - Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) menerusi Malaysia Petroleum Management (MPM) menganugerahkan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) bagi Kluster Permata, yang terletak di perairan luar pantai Sabah, kepada Bridge Petroleum Ltd yang berpangkalan di London.

Pengarah DFCity mohon injunksi di Mahkamah Tinggi halang EGM 12 Februari ini

KUALA LUMPUR 10 Feb - Dua ahli lembaga pengarah DFCITY Group Bhd memfailkan permohonan injunksi interim bagi menghalang mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat itu yang dijadualkan pada 12 Februari ini untuk mengundi penyingkiran tiga pengarah lain.

 

Chipbond Taiwan buka kilang pembungkusan termaju bernilai RM800 juta di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 10 Feb - Chipbond Technology Corp, penyedia global terkemuka perkhidmatan pembungkusan dan pengujian semikonduktor, membuka kilang pembungkusan dan pengujian semikonduktor termaju di Pulau Pinang.

 

Foodie Media teroka peluang e-sukan, permainan video bersama WTM Media

KUALA LUMPUR 10 Feb – Good Foodie Media Sdn Bhd, anak syarikat Foodie Media Berhad memeterai kerjasama strategik dengan WTM Media Sdn Bhd bagi membangunkan serta mengkomersialkan kandungan media digital generasi baharu yang memfokuskan kepada e-sukan dan permainan video.

Sunway Healthcare meterai perjanjian taja jamin dengan enam bank bagi IPO di Pasaran Utama

KUALA LUMPUR 10 Feb – Sunway Healthcare Holdings Berhad (SHH)  memeterai perjanjian taja jamin dengan enam bank pelaburan utama bagi cadangan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia.