Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$130.5 bilion setakat 15 Jun | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$130.5 bilion setakat 15 Jun

KUALA LUMPUR 23 Jun - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$130.5 bilion setakat 15 Jun 2026, susut sedikit berbanding AS$130.6 bilion yang direkodkan pada 29 Mei lalu.

 

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata, kedudukan rizab tersebut kekal mencukupi untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, selain bersamaan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek negara.

 

Menurut BNM, komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$114.4 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak AS$1.3 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) bernilai AS$5.9 bilion, emas bernilai AS$6.5 bilion serta aset rizab lain berjumlah AS$2.4 bilion. - DagangNews.com