MELAKA 29 April - Sheng Tai International Sdn Bhd (Sheng Tai International) bakal mentransformasi Melaka menjadi sebuah hab kreatif dan budaya masa hadapan dengan pertunjukan EID Mubarak Prêt-à-Porter yang glamor.
KUALA LUMPUR 29 April - Digi.com Bhd merekodkan untung bersih yang lebih rendah pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022 sebanyak RM236.15 juta daripada RM264.83 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
KUALA LUMPUR 29 April - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah melaksanakan program tanggungjawab sosial (CSR) melalui sumbangan Ramadan kepada petugas kesihatan dan barisan hadapan.
KUALA LUMPUR 29 April - CGS-CIMB menjangkakan Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) akan merekodkan prestasi yang lebih kukuh pada separuh kedua tahun kewangan berakhir 30 September 2022 (FY22) dipacu jualan menerusi saluran hotel, restoran dan kafe (HORECA) yang lebih tinggi