KUALA LUMPUR 29 April - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah melaksanakan program tanggungjawab sosial (CSR) melalui sumbangan Ramadan kepada petugas kesihatan dan barisan hadapan.
Sokongan dan penghargaan SKM dan gerakan koperasi di atas tugas yang telah dilaksanakan oleh petugas kesihatan dan barisan hadapan yang tidak dapat bercuti sempena Aidilfitri.
Sumbangan ini adalah sempena sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi Membangun Keluarga Malaysia.
Sumbangan pada kali ini merupakan pek makanan berbuka puasa berjumlah RM10,000 dan disalurkan melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Program ini telah dihadiri oleh Pengerusi CSR Gerakan Koperasi Malaysia, Zaharuddin Alias; Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Rusli Jaafar; Naib Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Kuala Lumpur, Datuk Seri Suhaimi Yacob; Kordinator Program CSR Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Nizam dan Pengarah Hospital Tunku Azizah, Dr. Samsul Anuar Kamarudin.
Hospital Besar Kuala Lumpur merupakan hospital yang menyelesaikan kes-kes kecemasan dan kemalangan yang kritikal dari dahulu hingga kini dari seluruh negara.
Sudah tentu beban tugas yang dipikul olehnya lebih berat. Sumbangan pek makanan berbuka puasa sebagai tanda terima kasih SKM dan Gerakan Koperasi yang tidak sempat menyediakan juadah berbuka puasa, disebabkan kesibukan tugas dalam menangani kes-kes kemalangan dan kecemasan di kalangan pesakit kanak-kanak, dewasa dan warga emas. - DagangNews.com







