Melaka bakal jadi hab kreatif dan budaya masa depan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Melaka bakal jadi hab kreatif dan budaya masa depan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

MELAKA 29 April - Sheng Tai International Sdn Bhd (Sheng Tai International) bakal mentransformasi Melaka menjadi sebuah hab kreatif dan budaya masa hadapan dengan pertunjukan EID Mubarak Prêt-à-Porter yang glamor. 

 

Acara yang dipersembahkan oleh Fashion TV Academy Malaysia, sebuah kolaborasi antara Sheng Tai International dan FashionTV, saluran televisyen khas gaya hidup dan fesyen antarabangsa dari Paris.

 

EID Mubarak Prêt-à-Porter memaparkan pakaian unik Raya yang sedia dipakai untuk lelaki dan wanita dari 10 pereka fesyen tempatan. 

 

Pereka fesyen terkenal termasuk Yan Creations, Kalai, Baqo, Faramas, Amin Jauhary, CARRO, Jayk, Sri Candy, Suliani dan Bill Keith. Mereka juga menampilkan pakaian raya menarik dan terkehadapan untuk semua orang tanpa mengira bentuk badan.

 

Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International Datuk Leong Sir Ley berkata, sejak memeterai perkongsian dengan FashionTV dari Paris, Sheng Tai International telah secara proaktif memacu pertumbuhan industri fesyen tempatan negara menerusi pelbagai acara atau inisiatif fesyen.

 

"EID Mubarak Prêt-à-Porter adalah satu daripadanya. Konsepnya dicetuskan bagi menyediakan seluruh ekosistem fesyen, termasuk pereka tempatan, model dan artis solekan, sebuah platform untuk memaparkan bakat mereka dan berhubung semula dengan audiens pelanggan yang luas.

 

"Dengan pembukaan semula sempadan, kami positif bahawa kita akan dapat terus mengelolakan lebih banyak inisiatif kreatif dan kebudayaan untuk mengenengahkan Malaysia, terutama Melaka, menjadi kota Milan seterusnya dan memainkan peranan kami memacu pemulihan ekonomi disebabkan oleh COVID-19,’’ katanya.

 

Sebagai tambahan, Sheng Tai International juga membuka Straits Designer Gallery di Metrasquare sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membentuk Melaka menjadi ‘hab kreatif dan kebudayaan masa hadapan menerusi hartanah miliknya.

 

 

shengtai

 

 

shengtai

 

 

shengtai

 

 

Berkeluasan 5,500 kaki per segi, Straits Designer Gallery memperagakan lebih 60 koleksi sedia dipakai karya pereka tempatan.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Straits Designer Gallery, sila hubungi Sheng Tai International di +6011 3737 3399 atau lawati laman Facebook di @ShengTaiInternational. - DagangNews.com