| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Penempatan saham YTL Hospitality REIT dijangka cairkan 2.2% pendapatan seunit bagi FY27 — Maybank IB

KUALA LUMPUR 10 Mac — Cadangan penempatan saham oleh YTL Hospitality REIT dijangka menyebabkan pencairan sederhana 2.2% pendapatan per unit (EPU) dan 2.3% pengagihan per unit (DPU) bagi FY27.

Syarikat penyelenggaraan helikopter GTA Holdings rancang penyenaraian di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 10 Mac – GTA Holdings Bhd, sebuah syarikat penyelenggaraan dan pembaikan pesawat merancang untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia bagi membiayai rancangan pengembangannya.

 

Prestasi sektor pembuatan meningkat 7.1% pada Januari 2026 dengan nilai jualan RM169.4 bilion - DOSM

KUALA LUMPUR 10 Mac – Prestasi sektor pembuatan bagi Januari 2026 mencatatkan peningkatan memberangsangkan dengan nilai jualan  meningkat sebanyak 7.1% berbanding Januari 2025, dengan jumlah keseluruhan RM169.4 bilion.

 

Lembaga Disiplin JPA teliti laporan siasatan pemilikan saham Azam Baki - KSN

PUTRAJAYA 10 Mac - Laporan Jawatankuasa Khas Siasatan berkaitan isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki akan diteliti Lembaga Disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat.

 

Buku tempahan terkumpul RM7 bilion uji keupayaan Binastra, Phillip Capital jangka kejutan untung 4QFY6

KUALA LUMPUR 10 Mac — Paras buku tempahan projek terkumpul mencecah RM7 bilion kini meletakkan Binastra Corporation Berhad memberikan fokus lebih utama terhadap keupayaan pelaksanaan projek.

Bekas ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Quaza Nizamuddin dilantik sebagai Pengerusi baharu Farm Fresh

KUALA LUMPUR 10 Mac – Farm Fresh Bhd melantik bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Quaza Nizamuddin A Hassan Nizam sebagai Pengerusi baharu berkuat kuasa 9 Mac 2026.