AirAsia tawar diskaun tambang 20% sempena pelancaran tiga laluan baharu ke China
KUALA LUMPUR 15 Mei - Sempena meraikan pelancaran tiga laluan baharu dari Kuala Lumpur ke wilayah selatan China, AirAsia menawarkan diskaun 20% untuk semua tempat duduk pada semua penerbangan merentasi 130 destinasinya termasuk semua penerbangan ke/dari China.






